Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


RCP Sapi Nangoh tahan 297 PTI
Published on: Tuesday, March 19, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

RCP Sapi Nangoh tahan 297 PTI
BELURAN: Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) di Jalan Sapi Nangoh adalah satu langkah yang baik kerana 297 pendatang tanpa izin ditahan menerusi RCP sejak ia dimulakan pada 6 Mac.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Dato Hazani Ghazali berkata objektif untuk mewujudkan RCP Jalan Sapi Nangoh adalah serupa seperti di Kalabakan – Sapulut.

“RCP ini bertujuan untuk mengesan sebarang gerakan jenayah seperti mengangkut pendatang tanpa izin dan penyeludupan barang bersubsidi.

“Kewujudan RCP di Jalan Sapi Nangoh adalah kedudukan strategik kerana laluan ini adalah laluan utama yang menghubungkan kawasan dari Pantai Barat ke Pantai Timur.

“Diketuai seorang pegawai dan 31 anggota Pasukan Gerakan Am dari Batalion 20 Beluran, RCP ini akan beroperasi 24 jam sehari,” katanya.

Hazani bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke RCP Jalan Sapi Nangoh pada Isnin.

Selain itu, katanya, unit K-9 untuk mengesan bahan letupan dan dadah juga akan dihantar untuk membantu RCP Jalan Sapi Nangoh.

Sementara itu mengulas mengenai kewujudan jalan tikus disebabkan keselamatan ketat di sepanjang Jalan Sapi Nangoh, Hazani berkata Esscom telah mengenal pasti semua laluan haram ini.

“Kami akan menghantar notis kepada semua estet di kawasan ini untuk memaklumkan kepada mereka bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang membenarkan kenderaan tidak dikenali melalui laluan haram di kawasan mereka.

“Untuk memantau laluan haram ini, kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV) akan digunakan oleh anggota penguatkuasa kami,” katanya.

Kami berharap estet di sekitar kawasan ini akan memberikan kerjasama demi keselamatan kita oleh itu mengurangkan kegiatan jenayah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here