Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


SMK St Joseph terus cemerlang dalam SPM
Published on: Tuesday, March 19, 2019
Text Size:

SMK St Joseph terus cemerlang dalam SPM
PAPAR: Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph di sini terus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila ia mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 4.56 tahun lalu berbanding 4.89 GPS pada 2017.

Pencapaian ini secara langsung meletakkan sekolah itu di bahagian teratas di daerah ini.

Seramai 22 pelajar di sekolah itu menerima keputusan cemerlang, yang terdiri daripada tiga pelajar mendapat 9A, dua (8A), dua (7A), enam (6A) dan sembilan (5A).

Majlis penyampaian keputusan SPM dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Dr Rovina Ginibun. 

Kekurangan infrastruktur bukan halangan bagi guru dan pelajar untuk meningkatkan usaha dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

Kejayaan ini juga hasil daripada kerjasama yang tidak mantap antara ibu bapa dan agensi pengurusan sekolah yang tanpa lelah menyokong dan membantu merealisasikan impian sekolah.

Pengetua sekolah itu Peter Paun berkata resipi utama kejayaan adalah komitmen semua guru dan Very Important Candidates Programme yang dijalankan sepanjang tahun lepas. 

“Josephian Hebat” yang diilhamkan oleh pengetua sekolah juga memotivasi pelajar dan guru untuk berusaha lebih keras.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here