Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Pekan Kunak ditangguh lagi
Published on: Wednesday, March 20, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Pekan Kunak ditangguh lagi
KUNAK: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jheains) Kunak sekali lagi terpaksa membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Nurul Iman Pekan daerah Kunak yang sepatutnya diadakan pada Selasa.

Ia berikutan berlaku situasi luar jangka apabila pintu gelongsor masjid itu “berkunci” pada awal pagi ketika majlis itu sepatutnya bermula.

Pengerusi Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Jheains Kunak, Ustaz Nor Ahmad Subehan Hj Nordin yang sedikit kecewa dengan situasi tersebut berkata, beliau telah menghubungi Pengarah Jheains negeri berhubung perkara itu.

“Sekarang ini kita di pihak Jheains sedang menunggu arahan ibu pejabat negeri dan juga tarikh baharu untuk pemilihan itu.

“Saya sudah meminta pandangan daripada pengarah berkenaan keadaan hari ini, dan tarikh baharu akan diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui Harian Ekspres di pekarangan masjid pekan itu.

Nor Ahmad berkata, beliau juga membuat satu laporan polis berkenaan situasi itu pada pagi Selasa.

Menjelaskan perkara yang berlaku, beliau berkata satu notis telah dikeluarkan dan dipamerkan di Masjid Daerah di sini berkenaan tarikh AGM itu yang dijadual pada Selasa (19 Mac) bermula jam 9.30 pagi.

Menurutnya, notis umum AGM itu telah ditandatangani oleh Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto yang merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kunak.

Orang ramai yang datang ke masjid seawal 8 pagi tidak dapat masuk disebabkan semua penjuru pintu gelongsor di premis itu ditutup dan berkunci.

Pihak polis turut kelihatan mengawal suasana di pekarangan masjid berkenaan.

Menurut Nor Ahmad, satu notis dikeluarkan pada 2017 apabila AGM bagi pemilihan jawatankuasa itu sepatutnya dijalankan.

“Disebabkan tidak ada mesyuarat agung ketika itu maka secara tidak langsung AJK yang ‘masih ada’ sekarang ini ‘tidak sah’,” katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Nor Ahmad berkata, pihak Jheains mahu mengadakan mesyuarat tersebut sejak Januari lagi tetapi kerap tergendala dan tarikh mesyuarat diubah beberapa kali sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Masjid Pekan Kunak, Hussin Mohd Rais yang ‘memangku sementara’ jawatan itu berkata, beliau difahamkan kebanyakan AJK masjid itu sama ada sedang bercuti atau di luar daerah.

Beliau bersetuju tarikh baharu dibuat untuk AGM itu bagi memudahkan semua AJK dan ahli jemaah serta kariah masjid bersedia lebih awal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here