Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Kes penderaan seksual kanak-kanak meningkat
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Zam Yusa
Text Size:

Kes penderaan  seksual kanak-kanak meningkat
Kota Kinabalu: Bilangan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Sabah susulan pembentukan sebuah mahkamah khas pada 2017 untuk menangani isu itu masih membimbangkan, kata Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang (gambar).

Menurutnya, memandangkan kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya, wujud keperluan untuk sistem keadilan untuk lebih sensitif terhadap kanak-kanak dan memperlakukan mereka mengikut kepentingan terbaik mereka.

“Kes-kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Sabah telah meningkat dari 14 pada 2014 kepada 186 pada 2016,” kata Jannie.

“Sejak penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada Jun 2017, sebanyak 221 kes didaftarkan dari 1 Jun 2017 hingga 18 Mac 2019.

“Ini membimbangkan dan kerana itu, adalah penting bagi hakim-hakim perbicaraan untuk dilengkapi dengan kemahiran perlu untuk menangani saksi kanak-kanak ketika perbicaraan.”

Jannie bercakap demikian dalam ucapan dasarnya ketika perasmian bengkel mengenai hak kanak-kanak untuk badan kehakiman di Kompleks Mahkamah di sini, pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mairin Idang @ Martin turut hadir ketika perasmian bengkel itu.

Jannie berkata mangsa dan saksi kanak-kanak mempunyai hak untuk diperlakukan dengan adil dengan kesedaran mengenai sensitiviti dan maruah mereka bagi memastikan penyertaan penuh mereka dalam proses keadilan.

“Sistem keadilan secara umum, pendakwaraya dan hakim secara khusus, perlu kerjasama mangsa dan saksi kanak-kanak ketika perbicaraan untuk mempunyai proses keadilan yang adil, cekap dan berperikemanusiaan yang menjamin keadilan bagi semua mangsa dan saksi kanak-kanak,” katanya.

“Justeru, latihan untuk melengkapkan pendakwaraya dan hakim untuk memahami setiap kanak-kanak adalah penting bagi membolehkan mereka mempunyai kefahaman mendalam mengenai keperluan dan kepentingan mereka. Daily Express pada Oktober 2017 melaporkan statistik yang diperolehi oleh Jabatan Kebajikan Sosial Sabah menunjukkan bahawa pertambahan 10 kali ganda dalam bilangan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Sabah antara 2014 dan tahun lepas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu, Datuk Jainab Ahmad, berkata Kementerian itu memandang serius perkara tersebut, khususnya apabila kira-kira 50 peratus kes membabitkan penderaan seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan 30 peratus sumbang mahram, dengan mangsa berumur di bawah 18 tahun dan yang termuda, tiga tahun.

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak diwujudkan untuk mempercepatkan kadar pelupusan kes-kes membabitkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan dipengerusikan oleh seorang Hakim Mahkamah Sesyen dengan kepakaran dalam undang-undang berkaitan juvana.

Sumber gambar: bersih.org

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here