Projek kuari: Wanita didakwa tipu RM530,000
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Jo Ann Mool
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 53 tahun didakwa di mahkamah di sini, Jumaat, atas empat tuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM530,000 berkaitan satu projek kuari.Tiada pengakuan diambil daripada Radia Suhaili, yang hadir di hadapan pendaftar mahkamah rendah Rita Kunsoi, selepas semua tuduhan dibacakan kepadanya.ADVERTISEMENT
Radia dituduh menipu Sii Hie Kai dengan membuatnya percaya bahawa dia boleh memberikan Sii satu projek syarikat kuari tanah bertempat di Karambunai dan Radia didakwa bertindak sebagai pentadbir tanah.
Tuduhan pertama dan kedua menyatakan bahawa helah Radia itu menyebabkan Sii memberinya tunai RM200,000 dan RM100,000 masing-masing antara jam 3 petang dan 4.30 petang pada 5 Julai 2015 di Maybank Jalan Pantai di sini dan antara jam 3 petang dan 4.30 petang pada 18 September 2015 di tempat sama.
Tuduhan ketiga dan keempat menyatakan bahawa helah Radia itu juga menyebabkan Sii memberinya cek untuk RM200,000 antara jam 10 pagi dan 4.30 petang pada 9 November 2015 di tempat sama dan memasukkan RM30,000 ke dalam akaun bank Radia pada pukul 2.30 petang 1 Julai 2016 di Maybank di Penampang.
Setiap tuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara antara satu dan 10 tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.ADVERTISEMENT
Rita menetapkan 26 Mac bagi sebutan untuk pengakuan Radia diambil di hadapan seorang majistret dan melepaskan Radia dengan ikat jamin RM2,000 dan dua penjamin bagi setiap tuduhan.
Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Albert Basiri mencadangkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap tuduhan tetapi peguam Radia, Jul Hamri Jumhani memohon jaminan dikurangkan atas sebab, antara lainnya, bahawa Radia merupakan suri rumah sepenuh masa dan mempunyai lapan anak.
ADVERTISEMENT
Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 25 tahun didkakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam.
Al Shofri Sulaiman dituduh membawa satu pedang samurai dan satu pisau pada 17 Mac di Luyang.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripadanya selepas tuduhan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (pindaan 2014) dibacakan kepadanya.
Mahkamah menetapkan 29 Mac untuk sebutan dan melepaskan Shofri dengan jaminan RM1,500 dan dua penjamin.