Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pakistan, Malaysia boleh kongsi maklumat perangi rasuah
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Bernama
Text Size:

Pakistan, Malaysia boleh kongsi  maklumat perangi rasuah
ISLAMABAD: Malaysia dan Pakistan boleh berkongsi maklumat dalam usaha untuk memerangi rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata segala bentuk rasuah perlu dihentikan memandangkan ia akan meningkatkan kos.

Dr Mahathir juga bersetuju dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bahawa rasuah boleh menjadikan sesebuah negara jatuh miskin.

“ Kami sangat bimbang tentang rasuah. Anda perlu membayar jumlah tertentu untuk memastikan kerja tertentu dilakukan. Kadang kalanya wang dicuri oleh pegawai dan ini perlu dihentikan,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan pertemuan. Dr Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan Khamis lepas.

Sementara itu, Imran Khan berkata Dr Mahathir membuat kemunculan semula yang hebat sebagai Perdana Menteri untuk memerangi rasuah.  “Kami melihat anda menentang rasuah. Parti saya (Pakistan Tehreek-e-Insaf) memulakan kempen 22 tahun yang lalu memerangi rasuah. Kami sebenarnya percaya negara bukan miskin, tetapi rasuah yang menjadikan rakyat miskin. “Rasuahlah yang menghancurkan institusi itu. Rasuah yang mengambil wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manusia, wang haram di bawa ke luar negara. Mereka menjadikan (negara) miskin dan mengalihkan wang untuk pembangunan manusia,” katanya. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here