Sabah miliki masa depan cerah dalam e-sukan
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Leonard Alaza
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah meramalkan masa depan yang cerah dalam e-sukan sebagai perkara besar seterusnya dalam pembangunan pelancongan di negeri ini.Menterinya, Datuk Christina Liew mengulang bahawa, seperti dilihat di banyak negara lain, acara e-sukan berjaya menarik perhatian sekumpulan besar peminat tempatan dan luar negara, termasuk banyak jenama terbesar dan terkenal di dunia.ADVERTISEMENT
Beliau berkata, dengan memanfaatkan populariti e-sukan, pelancongan di Sabah, yang merupakan salah satu industri yang mendapat hasil tertinggi, boleh mendapat faedah daripada audiens seluruh dunia.
“Kementerian kami akan sentiasa menyokong pembangunan e-sukan di Sabah. Tentu saja, apabila kita bercakap mengenai e-sukan berkaitan industri pelancongan kita, ia sesuatu yang baharu.
“Tetapi kita sudah nampak bagaimana sukan lain seperti bola sepak dan golf menyumbang kepada pelancongan. Saya percaya e-sukan akan menjadi perkara besar seterusnya,” katanya selepas menerima kunjungan hormat oleh Triple Comma Gaming (TCG), pasukan e-sukan profesional pertama dan tunggal Sabah, Jumaat.
Pasukan itu baru-baru ini memenangi Immortals Cup, kejohanan perdana DOTA 2 pertama Sabah, yang dianjurkan oleh Daily Express.ADVERTISEMENT
Beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengurus Besar Sabah Publishing House Sdn Bhd, Lawrence Yeh, yang mengetuai pasukan itu semasa kunjungan hormat terrsebut, kerana mempunyai wawasan mengenai masa depan e-sukan di negeri ini yang mendorongnya mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan itu yang diadakan awal bulan ini.
“Lawrence melakukan kerja yang hebat dalam mengumpul anak-anak muda kita yang berbakat. Saya menggalakkan beliau untuk meneruskan usaha ke peringkat kebangsaan, malah ke peringkat antarabangsa. Saya percaya, di bawah kepimpinan itu, pembangunan e-sukan di Sabah akan pergi amat jauh,” katanya, menambah beliau berharap dapat melihat Lawrence membawa seberapa ramai pemain serta peminat e-sukan ke Sabah untuk menyertai kejohanannya.
ADVERTISEMENT
Liew berkata Sabah perlu mengejar dalam pembangunan e-sukan, selepas beliau sendiri melihat betapa besarnya perkara itu di Jepun semasa lawatannya baru-baru ini ke negara itu.
Dibentuk tiga bulan lalu sahaja, TCG, dengan lima pemainnya digaji oleh sebuah syarikat e-perdagangan tempatan, Epost Express, kini menjadi pembawa bendera Sabah dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa termasuk saringan Sukan SEA tahun ini.
Buat kali pertama tahun ini, e-sukan dijadikan sukan berpingat dalam temasya Sukan itu yang akan diadakan di Filipina.
Beberapa bulan lepas, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyuarakan keyakinannya bahawa e-sukan mempunyai kuasa penarik untuk melonjakkan industri pelancongan negara.
Menteri paling muda negara ini pada umur 26 tahun itu berkata bahawa kejohanan seperti DOTA 2 mempunyai audiens besar.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Beliau juga berkata, melalui acara e-sukan, negara ini mahu menarik belia di rantau Asean agar mereka tahu mengenai Malaysia dan akan mahu melawat negara ini.
Dengan beratus-ratus juta penonton global, e-sukan pantas menjadi industri gergasi dengan banyak syarikat dan jenama utama dunia mengukuhkan pembabitan mereka dengan sukan itu.