Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Malanjum mahu kerjasama Badan Peguam Malaysia tangani tanggapan negatif sistem kehakiman
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Bernama
Text Size:

Malanjum mahu kerjasama Badan Peguam Malaysia tangani tanggapan negatif sistem kehakiman
Kuala Lumpur: Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum (gambar) menggesa Badan Peguam Malaysia bekerjasama untuk menghapuskan tanggapan negatif di kalangan orang awam terhadap sistem kehakiman.

Beliau berkata penglibatan badan peguam adalah perlu kerana perkara itu menyentuh kedua-dua pihak. “Sebagai contoh, jika ada peguam menyebut nama orang-orang terkenal dengan menyebut nama hakim, pendakwa atau pegawai penyiasat untuk mempengaruhi anak guam mereka, bayangkan kesannya apabila mereka (anak guam) tidak memahami sistem itu.

“Ia boleh membawa kerosakan kepada imej badan kehakiman,” katanya semasa berucap melancarkan “Report on The International For Court Excellence”(IFCE) di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata bahawa setakat ini tiada garis panduan serta perhubungan awam profesional dalam sistem kehakiman bagi menangani tanggapan awam.

“Di negara lain yang saya maklum seperti Singapura, mereka mempunyai perhubungan awam yang baik untuk menangani media massa terutama dalam media sosial dunia hari ini,” katanya.

Laporan IFCE itu menyentuh tujuh bidang untuk membantu mahkamah dengan memperkenalkan ruang bagi penambahbaikan.

Ia menganalisis mengenai kepimpinan dan pengurusan mahkamah, perancangan dan dasar mahkamah, sumber mahkamah (insan, bahan dan kewangan), prosiding dan prosedur mahkamah, keperluan dan kepuasan pelanggan, perkhidmatan mahkamah yang berpatutan dan boleh diakses serta kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

Ketua Hakim Negara berkata bahawa berdasarkan laporan tahun lepas, badan kehakiman hanya memperoleh 840 mata daripada 1,000 mata maksimum penilaian.

“Kami cuba mencapai tahap penilaian yang tinggi dan melalui laporan tersebut, kami berharap dapat melakukannya tetapi perlu bekerja lebih keras dan cuba mencapai markah maksimum,” kata beliau.

Laporan itu disusun bersama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) dan National Center for State Courts.

Pada majlis yang sama, Badan Kehakiman juga telah melancarkan segmen baharu bertajuk “Self-Represented Litigant” dalam laman sesawang rasminya yang menyediakan maklumat dan prosedur kepada orang awam yang memilih untuk membela diri sendiri dalam kes sivil atau jenayah di mahkamah.

Orang ramai adalah nasihat untuk membuat aduan, pertanyaan dan cadangan melalui Whatsapp kepada Sistem Kehakiman Malaysia di 013-2807841. – Bernama  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here