Usah ganggu ‘harimau tidur’
Published on: Monday, March 25, 2019
KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin Sabah harus berhenti berjuang membuta tuli untuk status rakan kongsi setara, sebaliknya tampil dengan butiran jelas mengenai apa yang mereka perjuangkan.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, berkata sementara perbincangan mengenai perkongsian setara ditumpukan kepada negeri-negeri Borneo, pemimpin-pemimpin Malaysia berdiam diri mengenai perkara itu.
ADVERTISEMENT
Beliau menggambarkan Malaya sebagai ‘harimau sedang tidur” yang Sabah tidak harus ganggu, mengambi lmaklum perlembagaan Persekutuan, seperti diumumkan, akan dipinda pada April dan perkenan Diraja diberi pada Mei.
“Lagi dua bulan. Pemimpin-pemimpin Sabah harus berhenti berjuang membuta tuli dan mengambil maklum bahawa pemimpin-pemimpin belum memberi maklum balas atau mempamerkan perasaan mereka. Kita tidak tahu perasaan atau reaksi mereka.
“Mereka mungkin akan menuntut perkongsian setara. Sebagai contoh, mereka mungkin akan menuntut kuasa atau kawalan imigresen yang sama. Lebih penting, mereka mungkin menuntut untuk menyimpan cukai atau hasil mereka atau meminta Sabah membayar bahagian yang sama untuk pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak tahu mengenai kelebihan dan kekurangan menjadi antara tiga rakan setara, bukannya antara 13 negeri, termasuk signifikan Perjanjian Malaysia 1963 dan apa hak-hak yang perlu dipulangkan.
ADVERTISEMENT
Beliau rasa pelik kerana pemimpin-pemimpin yang berkempen secara agresif untuk status perkongsian setara tidak tampil dengan butiran mengenai apa yang sebenarnya mereka perjuangkan.
Beliau mengambil maklum bahawa kerajaan-kerajaan Sabah dan Sarawak termasuk Menteri Undang-Undang Persekutuan telah diberi mandat untuk tampil dengan “kertas putih” yang menyeneraikan butiran mengenai kelebihan dan kekurangan perubahan dan konsesi daripada Kerajaan Persekutuan.
ADVERTISEMENT
“Kertas seumpamanya akan banyak menyumbang untuk perbincangan lebih bermaklumat berhubung perkara itu, bukannya memberikan hujah mengikut perasaan di setiap sudut Sabah dan Sarawak,” katanya.
Mengimbas sejarah, kata Harris, ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman, merujuk kepada 14 negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura, dan tampak pada lahirnya menandakan semua adalah status setara atau perkongsian dalam Persekutuan.
Tapi beliau menegaskan bahawa wujud kekeliruan.
“Deklarasi itu jelas menyatakan terdapat 14 negeri dalam Persekutuan. Memandangkan semua mereka adalah setara, Kerajaan persekutuan telah mentadbir negara ini sewajarnya, walaupun Perlembagaan menyatakan bahawa terdapat tiga rakan kongsi (memandangkan Singapura menarik diri pada 1965) iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya.
“Satu kekeliruan telah dicetuskan oleh deklarasi oleh Tunku Abdul Rahman dan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Ia menyatakan bahawa Persekutuan Malaysia terdiri daripada 14 negeri. Sabah dan Sarawak telah dilayan dan ditadbir sebagai dua daripada tiga negeri dalam Persekutuan sejak dari awal,” katanya.
Beliau mengimbas bahawa selepas 13 tahun ditadbir dan dilayan sebagai salah satu daripada 13 negeri, yang bercanggah dengan Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan sedar satu kejanggalan teruk dan meminda Perlembagaan untuk menjadikan Sabah salah satu daripada 13 negeri itu pada Julai 1976.
Pindaan itu, katanya, dibahas dan diluluskan di Parlimen dengan sokongan Anggota-Anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
“Kenapa selama 56 tahun, tiada seorangpun Anggota Parlimen dari Sabah pernah membangkitkan MA63 sebagai perkara yang menjadi rujukan dalam perbahasan-perbahasan di Parlimen?” soalnya.
Beliau mengambil maklum bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 mengubah baki kuasa politik dalam Persekutuan.
Katanya, pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak merampas peluang bahawa Barisan Nasional di Malaya boleh membentuk kerajaan tanpa sokongan daripada dua negeri di Borneo itu.
Pemimpin-pemimpin ini, katanya, berkempen dengan agresif dengan memberitahu rakyat mereka terus miskin kerana Kerajaan Persekutuan telah mengambil hak-hak mereka dan melayan Sabah seperti sebuah jajahan.
“Permintaan dan tuntutan pemimpin-pemimpin ini hampir kepada meminta kemerdekaan,” katanya, sambil menambah bahawa pemimpin-pemimpin ini mendakwa Kerajaan Persekutuan telah patuh kepada apa yang dipersetujui di bawah MA63.
Harris mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin Persekutuan khususnya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di bawah tekanan dan akhirnya tunduk kepada tuntutan dan permintaan oleh Sabah dan Sarawak.
“Dengan tunduk kepada tekanan-tekanan ini, beliau (Najib) telah merampas kuasa Parlimen Malaysia. (Natijahnya) Sabah mendapat banyak manfaat kerana Perdana Menteri ketika itu mengumumkan berbilion ringgit untuk peruntukan pembangunan,” katanya.
Tapi menurut Harris, peruntukan ad hoc berbilion ringgit itu memberikan rakyat Sabah keterujaan yang akhirnya berakhir tanpa ada apa-apa.
“Najib mengambil pendekatan tidak berpelembagaan untuk membeli ketaatan dan mengurniakan pemimpin-pemimpin dengan penurunan kuasa kepada Sabah dengan dana pembangunan lebih RM10 bilion; Ketua Menteri diberi kuasa untuk melantik kontraktor dan juga menetapkan harga projek.
“RM10 bilion itu adalah untuk i) bekalan air (RM3.5 bilion), ii) pembangunan luar bandar (RM2.5 bilion) dan iii) pemasangan paip-paip gas dari Kimanis ke Tawau (RM4.5 bilion).
“Dilaporkan secara meluas di akhbar bahawa RM10 bilion telah hilang atau tidak dapat dikesan. Ini adalah satu contoh ter baik di mana kerajaan Sabah yang dahagakan kuasa telah mengecewakan rakyat Sabah kerana gagal melaksanakan projek itu,” katanya.
“Kerajaan Persekutuan, selepas memperuntukan dana dengan cara paling tidak bertanggungjawab, harus mengganti atau membayar semula dana yang hilang kerana rakyat Sabah dihalang daripada menerima pembangunan yang sangat diharapkan itu.”
Menurut Harris, pada pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan yang mahu menumbangkan BN, terpaksa bersetuju kepada tuntutan dan permintaan yang dibuat oleh Sabah dan Sarawak.
Paling ketara dalam tuntutan dan permintaan itu, katanya, adalah status setara Sabah dan Sarawak di bawah MA63.
Apabila pakatan itu berkuasa, Harris mengambil maklum bahawa ia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kabinet dengan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak untuk meneliti i) status perkongsian sama taraf, ii) MA63, iii) dakwaan bahawa hak-hak negeri Sabah dan Sarawak telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
“Jawatankuasa itu telah meluluskan pindaan untuk mengembalikan status setara dalam kalangan bahagian-bahagian komponen Malaysia.
“Ini berta baik. Tapi bagaimana ia akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat biasa? Satu lagi isu yang timbul pada mesyuarat (jawatankuasa) kedua hanyalah mengenai cukai setem,” katanya.
Dengan jangkaan mereka dibina melalui kempen retorik oleh pemimpin-pemimpin negeri sejak lebih lima tahun lalu, Harris berkata rakyat Sabah dan Sarawak tidak sabar untuk menerima manfaat-manfaat yang tidak dijelaskan.
“Penduduk luar bandar khususnya menjangka untuk mempunyai status ekonomi lebih baik apabila kedua-dua negeri menjadi wilayah atau republik, bukannya sekadar “negeri”. (Jadi) mereka yang memperjuangkan pemulihan hak-hak Sabah dan Sarawak mesti memastikan mereka boleh menyampaikan retorik mereka dan mengubah penduduk luar bandar dari miskin kepada kelas pertengahan,” katanya.
Beliau menambah bahawa sementara hak-hak kedua-dua negeri itu dikembalikan pada pertengahan tahun ini, akan ada komplikasi yang tidak akan dapat diatasi berhubung peruntukan kerusi-kerusi Parlimen.
“Semua ini kelihatan cantik di atas kertas. Realitinya ialah dalam pelaksanaan perkongsian sama taraf. Sebagai contoh, bagaimana setiap komponen negeri mempunyai bilangan MP yang sama, perlu diingt bahawa ketika ini jumlahnya ialah 222. Sabah hanya ada 26 kerusi, Sarawak 34 dan Malaya 162.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Adakah Malaya bersetuju untuk mengurangkan bilangannya kepada satu-pertiga? Kalau perkongsian sama rata dalam bilangan MP tidak dapat dipersetujui, apalah sebenarnya yang kita cakap ini?” tanya Harris.
Beliau berseloroh bahawa sementara rakyat Sabah dan Sarawak berharap durian Musang King jatuh, apabila ia jatuh, hanya ada kulit kerana isinya telahpun dinikmati oleh Musang.