Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kawasan penyimpanan air  dirancang di setiap daerah 
Published on: Monday, March 25, 2019
Text Size:

Kawasan penyimpanan air  dirancang di setiap daerah 
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah sedang dalam perancangan untuk mewujudkan kawasan penyimpanan air di setiap daerah di negeri ini sebagai kaedah baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air semasa musim kemarau.

Menterinya Datuk Peter Anthony berkata konsep kawasan penyimpanan air yang sedang direka bentuk itu boleh mampu menampung keperluan air untuk jangka masa tiga hingga empat bulan.

“Kaedah membekalkan air menerusi kawasan penyimpanan air ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kaedah baharu dan pendekatan jangka panjang bagi menghadapi musim cuaca panas dan kekurangan hujan yang pada kebiasaanya berlaku pada Januari hingga April.

“Kawasan penyimpanan air itu akan (menyedut) air sungai untuk disimpan bagi menghadapi musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian Sambutan Hari Air Sedunia 2019 peringkat Sabah di sini, pada Ahad.

Sementara itu, ditanya mengenai penggunaan air laut sebagai alternatif mengatasi masalah air di Sabah, Peter berpendapat kaedah berkenaan kurang sesuai dilaksanakan memandangkan Sabah masih mempunyai sumber air daripada sungai dan tasik selain kos pemprosesan air laut agak mahal.

Namun, Peter tidak menolak kemungkinan kaedah itu akan digunakan sekiranya bekalan air daripada sungai dan tasik di Sabah semakin berkurangan pada masa akan datang. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here