Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Polis tumpas cubaan seludup dadah melalui bungkusan
Published on: Monday, March 25, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Polis tumpas cubaan seludup  dadah melalui bungkusan
KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu tumpaskan cubaan mengedar dadah melalui bungkusan dengan rampasan 272.45 gram yang disyaki marijuana daripada sebuah pejabat pos di sini.

Kes itu akan disisast dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, menurut Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji dalam satu kenyataan, di sini, Ahad.

Rampasan itu dibuat semasa Ops Sarang yang dijalankan di Likas, Sembulan, Tanjung Aru dan di pusat bandar sejak 15 Mac.

Sebanyak 55 suspek , berusia antara 15 dan 54 ditahan semasa operasi itu yang juga membawa kepada rampasan 2.35 gram disyaki syabu.

48 daripada yang ditahan didapati positif dadah, sementara tujuh daripada mereka ditahan selepas didapati memiliki dadah.

Kebanyakan mereka adalah warga tempatan, sementara tujuh daripadanya adalah warga asing.

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM11,200 di pasaran.

Dalam sebuah operasi berasingan, polis menahan lapan lelaki, berusia antara 15 dan 48 semasa Ops Sarang Khas yang diadakan di Kampung Labou dan Kampung Lok Buno di Manggatal, Ahad.

Enam daripada mereka ditahan untuk kesalahan berkaitan dadah, manakala dua daripadanya untuk kesalahan imigresen.

Operasi yang tamat pada 8.30 petang menunjukkan rampasan 0.2 gram syabu dianggarkan bernilai RM30.

Turut di sebuah operasi berasingan, seramai 11 orang termasuk tiga wanita ditahan semasa operasi berintegrasi yang diadakan di Likas, Luyang, Lido, KKIP, Kg Saga (Likas) Sepanggar dan di pusat bandar.

Operasi selama lapan jam yang tamat pada 12.15 pagi pada Ahad diketuai oleh polis Kota Kinabalu dan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Rela, DBKK, dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Semua tahanan berusia antara 14 dan 70 dibawa ke ibu pejabat Kota Kinabalu untuk pemeriksaan dokumen oleh pegawai imigresen dan polis. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here