Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Polis sahkan pejabat Jheains Kunak dipecah masuk
Published on: Monday, April 15, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Polis sahkan pejabat Jheains Kunak dipecah masuk
KUNAK: Polis mengesahkan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Kunak yang terletak di Jalan Getah-Panggi dekat pekan di sini, dipecah masuk pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Supt Baharin Md Tahir ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kes ini adalah kes terpencil sahaja. Kami dapati pejabat ini tidak dilengkapi di bahagian tingkap,” katanya.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kes itu, dan enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, kejadian itu disedari kakitangan jabatan yang pergi ke pejabat tersebut pada pagi Sabtu lepas sebelum melaporkannya kepada polis.

Seorang pegawai di jabatan itu memberitahu Harian Ekspres, setakat ini mereka mendapati dua set monitor dan Unit Pemprosesan Pusat komputer hilang.

“Beberapa bilik termasuk Unit Kaunseling, Unit Kewangan, Bahagian Dakwah dan bilik stor juga dipecah masuk dengan beberapa barangan seperti kabinet dan laci meja dirosakkan,” tambahnya.

Difahamkan, premis tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here