Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Pengundian awal Pilpres Indonesia 2019 berjalan lancar
Published on: Monday, April 15, 2019
Text Size:

Pengundian awal Pilpres Indonesia 2019 berjalan lancar
KOTA KINABALU: Pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019 yang berlangsung di Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI), di sini pada Ahad, berjalan lancar.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata rakyat Indonesia sekitar bandaraya dan kawasan berhampiran mulai memenuhi perkarangan pejabat itu seawal jam 8 pagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata semangat warga Indonesia di Sabah pada Pemilihan Umum (Pemilu) kali ini sangat besar berdasarkan kehadiran jumlah pengundi di Tempat Pungutan Suara (TPS) berkenaan sejak dua jam pertama ia dibuka pagi Ahad bagi proses pengundian.

Selain KJRI yang dibuka sehingga 6 petang, Krishna berkata, satu lagi TPS beroperasi bagi proses pengundian itu ialah Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), dekat Sepanggar.

“Seramai 11,287 warga Indonesia di Sabah berdaftar sebagai pemilih mengikuti metod TPS yang diadakan di dua tempat iaitu di pejabat KJRI dan SIKK. Di KJRI, sebanyak 19 TPS disediakan dan diharapkan kira-kira 9,000 pengundi (keluar) mengundi di sini, manakala di SIKK pula sebanyak tujuh TPS dengan sekitar 2,000 pengundi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Krishna berkata selain kaedah TPS, proses PLN bagi Pemilu Indonesia 2019 di Sabah turut menggunakan kaedah Kotak Suara Keliling (KSK) yang berlangsung dari 8 hingga 11 April dengan seramai 129,591 warga Indonesia berdaftar sebagai pemilih menggunakan kaedah itu dengan sebanyak 433 KSK disediakan.

Dalam pada itu, Krishna berkata, jumlah peratusan warga Indonesia khususnya di Kota Kinabalu yang keluar mengundi pada kali ini lebih tinggi berbanding pada Pemilu lima tahun lepas.

“Saya melihat semangat warga Indonesia di sini sangat besar. Jika dibandingkan pelaksanaan Pemilu pada lima tahun lalu, peratusan jumlah mengundi itu lebih tinggi pada ketika ini. Lima tahun lepas, jumlah pemilih sebanyak 159,000 tetapi yang keluar mengundi hanya sekitar 51,000 iaitu kurang lebih 30 peratus.

“Meskipun jumlah pemilih (pada ketika ini) hanya sekitar 140,000, tetapi yang mengundi melalui KSK sahaja jumlahnya sudah 83,000 pengundi atau sekitar 64 peratus. Jumlah pengundi berdaftar berkurang tetapi penyertaan mereka dalam Pemilu (kali ini) meningkat dua kali ganda. Semangat warga Indonesia semakin tinggi,” katanya.

Sementara itu, di TAWAU, Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Sulistijo Djati Ismojo mensasarkan lebih 50 peratus daripada kira-kira 16,000 Daftar Pemilih Tetap (DPT) di daerah ini keluar mengundi pada pada Ahad.

Djati turut berharap proses mengundi pada Ahad itu berjalan lancar seperti perjalanan pengundian menggunakan KSK.

Djati bersama isteri, Irawati Djati tiba di Tempat Pengumpulan Suara di Lorong 11, Taman Megah Jaya 4 di sini dan mengundi pada pukul 8.45 pagi.

Sementara itu, seorang pengundi, Nuraini Abdullah, 45,gembira dapat menunaikan tanggungjawab memilih Presiden serta Majlis Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here