Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Perpaipan punca gangguan bekalan air di Matunggong
Published on: Saturday, April 20, 2019
By: Neil Chan
Text Size:

Perpaipan punca gangguan bekalan air di Matunggong
Kota Kinabalu: MENTERI Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata gangguan bekalan air Matunggong disebabkan oleh sistem penghantaran ke kawasan-kawasan di daerah itu sendiri.

Dengan itu, katanya, Kementerian Pembangunan Infrastruktur melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bertindak segera melalui tindakan khas Eksesais 60 Hari bagi bekalan air Matunggong yang bermula pada 21 Mac lalu untuk menangani isu bekalan air di daerah kecil itu.

Beliau berkata loji rawatan air di Kg Milau, Kudat mempunyai kapasiti 55 juta liter sehari dan ketika ini pengeluaran air adalah 42 juta liter sehari. Peter berkata, mengikut rekod kementeriannya melalui JANS, operasi pengeluaran loji tersebut adalah pengeluaran normal. Beliau menjawab soalan Adun Matunggong Julita Majungki mengenai bilakah masalah loji di Kg Milau dapat diselesaikan memandangkan bekalan air ke kampung-kampung di Matunggong belum pulih sepenuhnya.

Menjawab soalan tambahan Julita yang bertanya jika ada sesuatu yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan isu itu kerana kapasiti Matunggong tidak mencukupi memandangkan bekalan itu juga dihantar ke kawasan lain dan mungkin tidak cukup dengan peningkatan pengguna, Peter berkata bekalan sebenarnya mencukupi.

Katanya, masalah yang dilihatnya di Matunggong adalah apabila loji air di situ dibina, perpaipannya tidak dibuat dengan baik.

Peter berkata, perpaipan di sekitar sekolah-sekolah di situ yang sepatutnya dibuat, tidak dilakukan. Dengan itu beliau mengarahkan JANS menyambungkan paip-paip untuk penghantaran bekalan kepada penduduk dan sekolah-sekolah di kawasan itu.

Sumber Gambar: Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here