LATEST NEWS :





18 isu pendidikan  selesai: Maszlee
Published on: Wednesday, May 15, 2019

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 isu berkenaan masalah di bidang pendidikan termasuk beban tugas guru yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mendapat komitmen penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, serta sudah diselesaikan.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata keprihatinan dan tindakan proaktif menteri pendidikan itu antaranya berjaya menangani masalah beban tugas guru, pertukaran guru duka lara, isu pentaksiran berasaskan sekolah, kekurangan guru ganti dan isu penggunaan gajet di sekolah.

“Semasa perjumpaan kepimpinan NUTP dengan menteri pada 9 Julai tahun lepas, sebanyak 41 isu dan cadangan penyelesaian masalah pendidikan telah diutarakan untuk perhatian dan tindakan beliau. NUTP amat berpuas hati dengan sikap terbuka menteri pendidikan yang bersungguh-sungguh ingin membantu.

“(ia termasuk) Isu beban tugas guru, isu sekolah daif, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan menggubal Prosedur Operasi Standard keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah bagi menghadiri program rasmi kementerian,” katanya dalam kenyataan kelmarin. – Bernama

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular