LATEST NEWS :





Fitnah paling  jahat: Christina 
Published on: Wednesday, May 15, 2019

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa beliau berkata Kerajaan Negeri sudah mula mengambil langkah untuk menangani masalah kanak-kanak tanpa negara, terutamanya daripada pelarian Filipina yang melarikan diri ke Malaysia pada 1970 disebabkan konflik Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Selatan Filipina.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu sama sekali tidak benar dan sama seperti mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan seperti itu. Jangan letakkan kata-kata ke dalam mulut saya. Itu adalah fitnah paling jahat. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan tidak berasas ini (yang telah menjadi tular).

“Saya ingin memberi amaran kepada mereka bahawa tiada faedah melakukan kewartawanan longkang. Sesiapa sahaja yang memutarbelitkan fakta untuk mewujudkan cerita tidak berasas ini adalah berniat jahat, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi kerana memfitnah saya,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, mengulas satu hantaran di media sosial semasa pilihan raya kecil Parlimen Sandakan baru-baru ini bahawa beliau telah membuat cadangan untuk memberi status warganegara dengan keutamaan kepada kanak-kanak tanpa negara pelarian Filipina.

“Ia sama sekali mengarut,” katanya.

Sementara itu, Menteri itu menyifatkan kemenangan calon DAP Vivian Wong dalam pilihan raya kecil Parlimen Sandakan sebagai hasil usaha Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pakatan Harapan (PH).

“Ia diakui secara meluas bahawa Datuk Seri Shafie memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan sulung Vivian terutamanya dalam meraih sokongan daripada Bumiputera Muslim di Sandakan,” kata Liew.  



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular