Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


YB Moyog  nafi tertekan
Published on: Friday, May 17, 2019
Text Size:

YB Moyog  nafi tertekan
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang (gambar), menafikan dakwaan di media sosial bahawa tindakannya baru-baru ini yang mewujudkan kontroversi disebabkan oleh masalah peribadinya.

Wakil rakyat itu yang menjadi topik hangat dalam kalangan warga maya, turut menafikan suaminya berselisih faham dengan Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking. 

Jenifer, yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, berkata suaminya adalah Setiausaha Tetap kepada Menteri Undang-Undang. “Dia berpangkalan di Putrajaya. Jarang di Kota Kinabalu. 

“Dia bekerja keras di sana dan baru saja bertemu dengan Leiking yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membantu dan menyokong kerja saya di Moyog,” katanya.

Ditanya sekiranya beliau akan membuat laporan polis susulan tuduhan palsu terbabit, katanya, “Saya sudah berbincang dengan Ben dan Darell. Mereka kata tak perlu. Kami ada perkara penting lain perlu dibuat.”

Dua bulan lalu, Jenifer mendapat kecaman dalam media sosial berhubung hantarannya di Facebook apabila beliau mengeluh sudah naik bosan melayan permintaan ibu bapa yang meminta bantuannya bagi mencari pekerjaan untuk anak mereka.

Baru-baru ini, satu lagi hantaran di Facebook bahawa beliau menutup pejabat Adunnya sekali lagi menerima kecaman.

Beliau mengakui, walaupun kecewa kerana kakitangan di pejabatnya tidak memberikan sokongan apabila beliau kalah dalam jawatan timbalan presiden wanita parti, penutupan sementara pejabat Adun itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja ubahsuai dan meneliti untuk menyediakan perkhidmatan bergerak.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here