Firma digesa tinggikan aras kabel di Putatan
Published on: Saturday, May 18, 2019
By: Oliver Voon
Seorang individu prihatin menggesa firma utiliti berwajib untuk meninggikan aras kabel penghantaran di Jalan Putatan Ramayah di Putatan, untuk mengelaknya daripada dilanggar oleh treler yang lalu.Dia bimbang bahagian aras rendah kabel itu akan mengalami kerosakan dan menjejaskan talian perkhidmatan di bahagian daerah itu jika ada pemandu lori yang tidak menyedari perkara itu melalui jalan tersebut.ADVERTISEMENT
“Kita tidak akan tahu kalau-kalau ia akan berlaku khususnya pada waktu malam di mana kawasan ini gelap kerana tiada lampu jalan berdekatan,” kata RAMLAN, yang sering menggunakan jalan itu.
Hotline membawakan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Izinkan kami memeriksa syarikat telco mana pemilik kabel itu,” kata jurucakap itu, menambah pihak tersebut akan diminta untuk melakukan pembaikan secepat mungkin.
Telekom Malaysia Bhd (TM) pada mulanya dihubungi tetapi dimaklumkan bahawa kabel itu bukan milik mereka. (OV)