Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


‘Pembangunan Melalap terus diberi perhatian’
Published on: Monday, May 20, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

‘Pembangunan Melalap terus diberi perhatian’
TENOM: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony (gambar), berkata pembangunan Melalap akan terus diberikan perhatian khususnya selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan kelulusan untuk menjadikannya sebuah daerah penuh.

Shafie membuat pengumuman itu apabila merasmikan majlis Pekan Melalap pada Mac tahun ini.

“Populariti Melalap semakin naik sehingga melayakkannya dinaiktaraf sebagai sebuah daerah penuh,” kata Adun Melalap itu ketika merasmikan sambutan Kaamatan peringkat daerah yang diadakan di Dewan Terbuka Gereja St Peter di Kampung Pamilaan, di sini, Sabtu.

Katanya, pejabat daerah baharu di Melalap ketika ini sedang dilaksanakan dan peruntukkan pejabat dan kakitangan untuk daerah itu akan diuruskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Perumahan dalam masa terdekat.

Katanya, banyak pelan pembangunan dibuat dan sebahagiannya sudahpun dilaksanakan di kawasan itu sejak beliau menjadi wakil rakyatnya.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan baharu, beliau memerlukan masa untuk melaksanakan pembangunan yang dirancang, sambil menambah, masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Selain itu, sebagai seorang menteri penuh, beliau memberi jaminan bahawa perhatian juga akan diberikan kepada pembangunan infrastruktur di setiap daerah di seluruh negeri.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan melupakan tentang pembangunan yang diperlukan di kawasannya, termasuk Melalap dan Kemabong.

Selain dari pembangunan infrastruktur, katanya, kebajikan rakyat di daerah itu juga akan dijaga khususnya untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

“Kerajaan baharu bekerja untuk menyelesaikan masalah ini secara keseluruhan, seperti kekurangan peluang pekerjaan, isu ekonomi, mengurangkan beban rakyat, beban pelajar dan banyak lagi,” katanya.

Justeru itu, katanya, rakyat sepatutnya mengenepikan persengketaan politik dan fokus ke arah pembangunan.

Berhubung sambutan Kaamatan peringkat daerah Melalap yang diadakan di Kampung Pamalaan dan bukannya di Dewan Seri Antanom di Pekan Tenom di mana ia kebiasaannya diadakan, beliau berkata, sebabnya adalah untuk memberikan peluang kepada para penduduk di luar bandar dapat menikmati Kaamatan. 

Katanya, ia merupakan hasrat beliau memberikan semua orang peluang terlibat dan merasakan sambutan Kaamatan.

Katanya, antara lain ia selaras dengan tujuan Sugandoi dan Unduk Ngadau peringkat negeri yang ketika ini mempunyai 65 wakil dari setiap bahagian tidak seperti sebelum ini di mana peserta hanya mewakili peringkat daerah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual, Adun Kuamut Datuk Masiung Banah, Pegawai Daerah Tenom merangkap pengerusi penganjur, Sungkim Rumangun, antara lain.

Acara itu turut menampilkan persembahan tradisi, tiket bertuah dan pertandingan Unduk Ngadau.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here