Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


APM tangkap ular sawa seberat 25 kilogram
Published on: Monday, May 20, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

APM tangkap ular sawa seberat 25 kilogram
TUARAN: Sekeluarga di perumahan Bandar Sierra, Telipok di sini, berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa seberat 25 kilogram ‘menceroboh’ rumah mereka awal pagi pada Ahad.

Difahamkan kira-kira 3.30 pagi itu, pengadu mahu dikenali Shahran, 53, berkata kejadian disedari oleh ahli keluarganya ketika sedang menyediakan sahur.

“Kami yang bangun ketika itu juga mendengar bunyi seolah-olah barang kecil terjatuh sebelum dimaklumkan ahli keluarga mengenai kehadiran reptilia terbabit.

“Reptilia itu menjalar di kawasan dapur, ruang tamu dan tandas namun tidak bertindak agresif,” katanya.

Shahran berkata, risau keselamatan keluarga jika mengambil tindakan sendiri, dia menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Paulina Francis berkata, sebaik menerima aduan berhubung kejadian 3.34 pagi, sepasukan anggota dikerah ke lokasi dengan serta-merta.

“Sebaik tiba, pasukan APM mendapati reptilia sepanjang tiga meter itu berada di tandas rumah pengadu dan menjalankan operasi menangkap ular yang mengambil masa kira-kira lima minit.

“Operasi selesai 4.19 pagi kemudian manakala reptilia itu dilepaskan semula ke dalam kawasan hutan,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here