Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


200 muslimat sertai majlis khatam Al-Quran di Masjid Bandaraya
Published on: Tuesday, May 21, 2019
Text Size:

200 muslimat sertai majlis khatam Al-Quran di Masjid Bandaraya
KOTA KINABALU: Lebih 200 orang muslimat mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan. Pengerusi Syukbah Wanita dan Kemasyarakatan Datuk Dr Suzain Suhaimi berkata aktiviti tadarus itu diadakan selama dua minggu.

“Setiap tahun, Syukbah Wanita akan mengadakan tadarus Al-Quran sepanjang dua minggu pertama Ramadan dan terbuka kepada semua masyarakat. 

“Program ini diadakan dua sesi, iaitu siang dan malam bagi memberikan pilihan dan kemudahan kepada muslimat,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 80 muslimat menyertai program tadarus di masjid itu manakala selebihnya merupakan ahli agensi lain seperti Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwisa), Aman Palestin dan Wanita Usia.

“Setelah mengkhatam 30 juzuk pada Sabtu lepas, hari ini merupakan majlis yang diadakan bersempena dengan nuzul Quran,” katanya pada Majlis Khatam Perdana di Masjid Bandaraya di sini, Isnin.

Tambahnya, program tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Syukbah Wanita dan Kemasyarakatan pada 2000.

Antara pengisian lain adalah tazkirah dari Ustaz Dr Harun Tafsir bertajuk “Anatomi Al-Quran”.

Turut diadakan pada majlis itu, penyampaian cenderahati dan sijil kepada tenaga pengajar tadarus serta sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) kepada penganjur yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah yang juga Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah R.M Jasni. 

Suzain turut menyeru masyarakat agar menyalurkan sumbangan kepada Program Penjagaan Kebajikan Pesakit Terminal (Coti).

Program itu, katanya, adalah bagi membantu pesakit terminal termasuk kanser dan meminjamkan peralatan perubatan seperti oksigen, kerusi roda, katil dan lain-lain.

“Di bulan yang mulia ini, bantuan bagi mereka menyambut bulan Syawal adalah amat dialu-alukan,” katanya dan menambah, mereka menerima sumbangan dalam bentuk baju raya, biskut raya, keperluan harian dan mengalu-alukan mereka yang ingin menyumbangkan wang tunai.

Orang ramai boleh berhubung dengan Maimunah Sulay di 016 820 1036 atau terus ke pejabat pentadbiran Syukbah Wanita di Masjid Bandaraya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here