Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Henti polemik  bahasa KDM  standard: Tangau
Published on: Thursday, May 23, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:

Henti polemik  bahasa KDM  standard: Tangau
PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata komuniti Kadazandusun perlu menghentikan polemik terhadap Bahasa Kadazandusun standard, yang berdasarkan dialek Bundu-Liwan yang digunakan di Bundu dan Liwan, dan mula bergerak maju.

Beliau berkata ia penting kerana komuniti berdepan dengan cabaran lebih besar, iaitu kepupusan bahasa ibunda mereka disebabkan kecenderungan mereka sendiri untuk bertutur Bahasa Melayu kepada anak-anak mereka, bukannya bahasa ibunda.

“Banyak yang kita sudah capai bagi Bahasa Kadazandusun dan kita amat bersyukur untuk itu. Namun kita terus menghadapi cabaran demi cabaran. Saya anggap kita sudah selesai dengan polemik mengenai dialek mana untuk digunakan dalam pengajaran Bahasan Kadazandusun di sekolah.

“Kementerian Pendidikan telah pun menerimanya dan hari ini kita menikmati pemerkasaan Bahasan Kadazandusun kita, yang berdasarkan dialek Bundu-Liwan… tetapi masih terdapat suara dan pandangan berbeza.

“Bagi saya, kita tidak lagi perlu melakukannya semula. Kita tidak perlu mengulangi cabaran dan polemik yang kita pernah lalui. Kita mesti bergerak maju. Jangan lupa, cabaran utama kita adalah keputusan bahasa,” katanya apabila merasmikan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Ibunda Kadazandusun dan Murut (KDM), sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri yang diadakan di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, Rabu.

Tangau, yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, punca kepupusan bahasa bermula daripada sikap ibu bapa.

“Disebabkan ibu bapa berasa mudah untuk bercakap dengan anak-anak, cucu dan cicit mereka dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya.

“Dari situlah ia bermula. Sebab itu, semua ketua keluarga dan pemimpin komuniti pada hari ini harus menumpu pada perkara ini, tentang kenapa hari ini orang kita suka menggunakan bahasa orang lain daripada bahasa sendiri,” katanya.

Tangau juga memuji inisiatif Jawatankuasa Penganjur Pesta Kaamatan peringkat negeri dan mereka yang terbabit dalam menganjurkan pertandingan itu buat kali pertama, yang merupakan petanda baik kepada usaha untuk menggalakkan lagi penggunaan bahasa-bahasa ibunda dalam kalangan komuniti KDM.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pertandingan itu, yang disertai oleh kanak-kanak muda dari pelbagai komuniti subetnik KDM. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here