Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


‘Kaamatan acara budaya, bukan berunsur politik’
Published on: Thursday, May 23, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

‘Kaamatan acara budaya, bukan berunsur politik’
KOTA KINABALU: Kaamatan adalah sebuah acara kebudayaan, dan bukannya program berunsurkan politik, tegas Menteri Pembangunan Infrastrukur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Negeri Datuk Peter Anthony (gambar).

“Kita makin menghampiri kemuncak sambutan Pesta Kaamatan Negeri dan hampir semua daerah mengadakan sambutan mereka masing-masing,” katanya apabila ditemui selepas mengedarkan makanan berbuka puasa kepada penumpang kereta api di Stesen Kereta Api Sembulan, di sini, Rabu.

“Bagaimanapun berlaku sedikit kekeliruan di Bingkor baru-baru ini disebabkan oleh isu teknikal.

“Tetapi saya percaya dengan keterbukaan kerajaan baharu yang mengamalkan konsep inklusif, sepatutnya tiada masalah.

“Lagipun, ini melibatkan pemeliharan budaya kita…walau apapun, kita boleh berbincang mengenai sebarang isu.”

Pada Rabu, dilaporkan kontroversi berkaitan status Unduk Ngadau Bingkor Cora Wybin sudahpun diselesaikan secara positif kerana dia kekal mewakili Bingkor di peringkat negeri, menurut seorang pegawai kanan KDCA.

Naib presiden KDCA (Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun) merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan dan Penyelarasan Kaamatan Negeri (MICC) Datuk Daniel Kinsik berkata Cora tetap akan mewakili Bingkor.

Daniel berkata beliau menghubung Peter, petang Selasa lalu, dan beliau dimaklumkan bahawa pemenang Unduk Ngadau dan Sugandoi di Bingkor Kaamatan boleh mewakili Bingkor di pertandingan peringkat negeri.

Tambahnya, KDCA sentiasa bekerjasama rapat dengan Peter dan ahli-ahli jawatankuasa lain.

Sebelum ini berlaku kekeliruan mengenai Pesta Kaamatan Bingkor di mana Cora dinobatkan sebagai Unduk Ngadau pada 28 April lalu dianjurkan oleh KDCA dan bukannya Kerajaan Negeri.

Dengan itu, satu lagi sambutan Pesta Kaamatan untuk Bingkor sepatutnya bakal diadakan di dewan terbuka Bingkor pada 25 Mei lalu, di mana pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan juga akan diadakan untuk memilih wakil Bingkor.

Peter sekali lagi memberi jaminan bahawa isu terbabit sudah selesai.

“Pada hakikatnya, kami mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kami untuk sambutan Kaamatan.

“Sudah tiba masanya untuk kita lebih bertoleransi dan memperkukuh kerjasama dengan semua pihak,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here