Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Program Tugu Budaya Etnik  Sabah promosi  pelancongan negeri
Published on: Thursday, May 23, 2019
By: Ottey Peter
Text Size:

Program Tugu Budaya Etnik  Sabah promosi  pelancongan negeri
KOTA KINABALU: Program Tugu Budaya Etnik Sabah – Festival Tarian Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019 Ke-10 yang bakal diadakan di sini pada Julai, akan menjana industri pelancongan negeri kerana ia mempromosikan kepelbagaian budaya daripada pelbagai bangsa.

Acara itu bakal berlangsung selama tiga hari pada 10 – 12 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Ismaily Bungsu berkata festival itu adalah satu acara antarabangsa yang bertujuan bagi mempromosikan destinasi pelancongan dan juga memperkenalkan keunikan kepelbagaian budaya di Sabah.

“Kita akan mempelawa artis-artis dari luar dan membuat persembahan di beberapa tempat di Sabah,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran Program Tugu Budaya Etnik Sabah – Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa.

Ismaily berkata enam negara sudahpun mengesahkan penyertaan mereka dalam pesta itu, iaitu Indonesia, Filipina, India, Sri Lanka, Brunei dan Uzbekistan. 

Katanya, sebelum ini, program itu adalah salah satu aktiviti sempena penganjuran Festival Tarian Tarian Rakyat Antarabangsa. Bermula 2016, Program Tugu Budaya Etnik Sabah dan Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa diasingkan bagi menumpukan kepada acara peringkat kebangsaan, yang mensasarkan murid-murid dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Tambahnya, acara itu turut meningkatkan kesedaran awam dalam kalangan anak muda khususnya kanak-kanak sekolah mengenai kepentingan memelihara dan memulihara warisan kepelbagaian budaya Sabah bagi memastikan ia tidak pupus.

“Lembaga Kebudayaan Sabah berhasrat untuk menjadikan program ini salah satu aktiviti kurikulum di sekolah ekoran sambutan menggalakkan dari peserta luar negara.

“Kami berharap acara ini mampu memupuk setiakawan dan persefahaman dalam kalangan peserta menerusi budaya,” katanya.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Timbalan Speaker Kedua Datuk George Ginibun. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here