Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Peruntukan bina PPRT di Sabah bakal ditambah
Published on: Friday, May 24, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

Peruntukan bina PPRT  di Sabah bakal ditambah
TUARAN: Kerajaan persekutuan akan mempertingkatkan jumlah peruntukan untuk membina rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kos membaikpulih di Sabah pada tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, tahun ini kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM57 juta untuk membina sebanyak 450 buah rumah baharu dan kos membaikpulih 1,740 buah rumah di negeri ini.

“Bagaimanapun, sebaik ‘turun padang’ untuk melihat sendiri keadaan rumah penduduk di beberapa kawasan di sini, saya dapati masih ramai golongan memerlukan rumah baharu dan saya akan pastikan kerajaan melalui kementerian ini akan menambah peruntukan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harian Ekspres sempena Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar Ke Sabah di Jalan Batangan Tagal di Kampung Dungang, Tuaran pada Khamis.

Turut menerima penyerahan rumah PPRT pada Khamis di Kampung Tajau, Tuaran namun rombongon lawatan diteruskan ke Jalan Telipok – Kiulu –Rondogung, Ranau yang melibatkan 26 buah kampung dengan membabitkan jumlah penduduk seramai 18,377 orang.

“Selain itu, teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS) akan digunakan bagi pembinaan rumah PPRT bermula tahun ini disebabkan mampu mengurangkan kos pembinaan sehingga 18 peratus berbanding rumah jenis bahan konvensional.

“Kali ini juga, aktiviti turun padang turut dilaksanakan di kawasan pembinaan jalan raya untuk memastikan ia dikendalikan syarikat atau dibina dengan baik,” katanya.

Difahamkan, kerajaan persekutuan melalui  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), projek membina dan menaiktaraf jalan berturap sepanjang 60 kilometer (km) itu bernilai RM288 juta yang dimulakan sejak 1 Oktober 2016 lalu.

Sementara itu, penerima rumah PPRT, Siti Salmawati Karim, 36, serta suaminya, Normin Jaapar, 40, dan lima anak mereka berusia satu tahun sehingga 17 tahun gembira selepas rumah baharu mereka siap dibina dan diserahkan pada Khamis.

Siti Salmawati berkata, rumah uzur yang didiami mereka  sejak 27 tahun tidak mempunyai sambungan bekalan air dan eletrik selain atap rumah yang bocor dan kerap dimasuki air setiap kali hujan lebat.

“Pendapatan suami sebagai kelindan lori juga tidak cukup untuk membaiki rumah namun kini kami tidak perlu lagi bersusah-payah apabila bantuan yang diberikan memberi kehidupan lebih selesa serta mempunyai sambungan kemudahan elektrik dan air,” katanya.

Menurutnya, projek membina rumah PPRT itu bermula Februari 2019 lalu dan siap sepenuhnya pada awal Mei 2019 ini yang dilaksanakan Giatmara  Sabah serta Pejabat Daerah Tuaran.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here