Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Poon ikrar sedia perkhidmatan kesihatan pantas, berkesan
Published on: Friday, May 24, 2019
By: Ottey Peter
Text Size:

Poon ikrar sedia perkhidmatan kesihatan pantas, berkesan
KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung yang baru dilantik berikrar untuk menyediakan penyampaian perkhidmatan cepat dan berkesan kepada orang awam di Sabah.

Poon berkata beliau amat kritikal mengenai kepantasan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kerana ia menyediakan ruang hubung kait paling umum antara rakyat dan Negeri, dan fungsi mereka membentuk kepercayaan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan.

“Perkhidmatan awam perlu disampaikan dengan integriti, tertumpu di sekitar penduduk dan responsif kepada keperluan mereka, khususnya keperluan mereka yang terdedah kepada bahaya.

“Sebagai contoh, mana-mana permohonan kebajikan sosial yang dikemukakan kepada kerajaan menerusi kementerian kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk diproses.

“Bagaimanapun, sekarang tempoh pemprosesan dipercepatkan kepada 21 hari dan kami menekankan perkhidmatan pantas dan lebih baik bagi mengurangkan pembaziran masa dari kedua-dua pihak iaitu orang awam dan kerajaan.

“Saya juga mensasarkan untuk mengurangkan tempoh pemprosesan daripada 21 hari kepada 14 hari menjelang tahun depan,” kata beliau dalam ucapannya semasa sesi ramah mesra yang dianjurkan untuk beliau di Wisma Tun Fuad di sini, Khamis.

Mengenai penurunan kuasa dari Kementerian Kesihatan Persekutuan kepada Kementerian di peringkat Negeri, Poon berkata usaha sedang dijalankan bagi mencapai aspirasi ini dengan pegawai-pegawai negeri diarah untuk menghadiri mesyuarat di peringkat persekutuan dan dalam beberapa kes, mereka akan dirujuk kepada kementeriannya mengenai isu berkaitan kesihatan di Sabah.

“Ini menunjukkan persekutuan mengiktiraf kita dari segi berautonomi khususnya dalam membuat keputusan penting berhubung pewujudan dasar baharu atau membangunkan sesebuah projek,” tambahnya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here