Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Mekanik pukul isteri gara-gara hubungi kekasih
Published on: Saturday, May 25, 2019
By: Efa Rizan
Text Size:

Mekanik pukul isteri gara-gara hubungi kekasih
LAHAD DATU: Seorang mekanik berumur 49 tahun ditahan selepas didakwa memukul isterinya berulang kali kerana menghubungi perempuan simpanan lelaki itu, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah, ACP Nasri Mansor berkata pada Jumaat, suspek ditahan pada Khamis lalu selepas isterinya yang berumur 46 tahun membuat laporan polis.

Nasri berkata siasatan awal mendapati bahawa pada kira-kira pukul 10 pagi Rabu lepas, pasangan itu bertengkar apabila mekanik itu mendapat tahu bahawa mangsa telah menghubungi seorang wanita yang dipercayainya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, selepas mengetahui mengenai hubungan mereka di Facebook.

Semasa bercakap dalam telefon, suspek memarahi isterinya. Selepas bertikam lidah, suspek memukul kepala mangsa dan menumbuk belakangnya berulang kali.

“Anak perempuan mereka yang berusia 19 tahun cuba menghentikan suspek tetapi juga ditampar dan dipukul berulang kali oleh suspek.

“Ibunya menghentikan suspek daripada memukul anak mereka dan suspek kemudian keluar dari rumah mereka dalam keadaan berang.

“Mangsa kemudian membuat laporan untuk tindakan lanjut di samping sebagai rujukan untuk menuntut perceraian bagi mengakhiri perkahwinan mereka selama 23 tahun,” katanya.

Nasri berkata mangsa berkahwin dengan suspek pada April 1996 dan mempunyai empat anak.

Suri rumah itu mendakwa suaminya pernah memukulnya sebelum itu tetapi dia tidak membuat sebarang laporan polis.

Beliau menambah bahawa suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here