Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


TLDM tahan tiga bot nelayan Vietnam guna alat renjatan
Published on: Saturday, May 25, 2019
By: Del Roester Rudim
Text Size:

TLDM tahan tiga bot nelayan Vietnam guna alat renjatan
Kota Kinabalu: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tahan tiga bot nelayan dengan sejumlah 33 anak kapal warga Vietnam, termasuk tiga juragan, kerana didakwa menceroboh dan melakukan perikanan haram di perairan Pulau Layang-Layang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Muda (M) Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot-bot itu dipintas semasa menangkap ikan kira-kira 68 hingga 76 batu nautika di barat daya Layang-Layang pada pukul 3 petang 21 Mei.

Beliau berkata bot-bot itu juga didapati memiliki alat renjatan untuk menangkap ikan yang boleh memusnahkan ekosistem marin.

“32 daripada mereka yang ditahan direman tujuh hari sementara seorang lagi yang mengalami kecederaan semasa menyelam, akan direman selepas dibenar keluar dari hospital.

“Bot-bot itu mengandungi pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 900kg yang dibawa ke jeti APMM di Sepanggar untuk siasatan lanjut,” katanya pada satu sidang media di jeti, Jumaat.

Kamaruszaman berkata bot-bot itu, dipercayai dari Vietnam, akan disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk sama ada mereka menggunakan lesen tempatan dan nombor pendaftaran yang diklon.

“Kami juga akan menyiasat pemilik bot-bot nelayan itu.”

Kamaruszaman berkata setakat ini tahun ini, enam bot nelayan dari Vietnam ditahan, dengan tiga di Zon Maritim Kudat dan tiga lagi di Zon Maritim Kota Kinabalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada TLDM kerana membantu mengawal pencerobohan bot nelayan dan menggesa orang awam untuk menghubungi APMM jika mereka tahu mengenai sebarang aktiviti haram di perairan negeri ini.

Sementara itu, Kapten TLDM Azhar Bahrun berkata mereka akan membuat rondaan tetap di perairan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here