Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Malaysia komited main peranan utama dalam teknologi biofuel
Published on: Sunday, May 26, 2019
Text Size:

Malaysia komited main peranan utama dalam teknologi biofuel
KUALA LUMPUR: Sebagai satu daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam memastikan komoditi itu kekal sebagai pengganti bahan api yang lestari dan mesra alam bagi pasaran dunia. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata minyak sawit merupakan pilihan berdaya maju untuk mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api fosil, kerana ia memiliki potensi amat besar sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Sebagai pengeksport terbesar dan pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, kita berada di kedudukan untuk memastikan komoditi ini berkembang menjadi industri yang membawa banyak manfaat kepada pasaran global, terutamanya, ekosistem tenaga dan pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Biofuel baru-baru ini mendapat perhatian utama sebagai pengganti berdaya maju bagi bahan api fosil. 

Selain daripada potensinya sebagai pengganti utama bahan api fosil, biofeul diperoleh daripada tanaman yang ditanam, yang membolehkan pengeluarannya dirancang, dituai dan diperbaharui secara lestari berbanding bahan api fosil yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk membentuk dan kini semakin berkurangan. 

Selain itu, biofuel mempunyai sifat neutral karbon, kerana sumber bahan api ditanam menyerap karbon dioksida semasa ia tumbuh membesar, yang mana semasa proses itu dapat mengimbangi jejak karbon.  

Darell menjelaskan walaupun terdapat bantahan terhadap amalan semasa penanaman sawit kebelakangan ini, terdapat permintaan dan potensi bagi sektor itu untuk muncul sebagai pemain utama dalam memenuhi keperluan sektor tenaga dan pengangkutan. 

“Malaysia memiliki prasarana dan saiz pasaran yang perlu bagi menambah baik kualiti dan pengeluaran produk tenaga berasaskan sawit,” katanya. 

Beliau juga berkata selain daripada sokongan padu industri terhadap biodiesel, agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia dan SIRIM Bhd mempunyai keupayaan teknologi untuk mengangkat minyak sawit menjadi pesaing utama kepada tenaga boleh diperbaharui global.

Malaysia memperkenalkan B10 biodiesel kepada pasaran pengangkutan domestik pada Disember 2018, meningkatkan adunannya daripada tujuh peratus (B7 Biodiesel) kepada 10 peratus. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here