Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Cubaan seludup 10 tong gas di tawau gagal
Published on: Sunday, May 26, 2019
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Cubaan seludup 10 tong gas di tawau gagal
TAWAU: Sebuah bos laju yang cuba menyeludup 10 tong gas ke negara jiran ditahan Polis Marin di sini semasa Op Gelora Khas di perairan Sg Aji Kuning kira-kira pukul 9 malam, Jumaat.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun turut ditahan kerana disyaki membawa lima tong gas jenama Petronas dan lima tong berjenama MyGazz, seberat kira-kira 1.5 kilogram.

“Barangan ini disimpan di dalam ruang bot dan suspek juga gagal menunjukkan dokumen atau surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) berhubung tong gas yang dibawanya,” katanya.

Juragan, 10 tong gas bernilai RM1,800 dan bot laju beserta enjin sangkutnya bernilai RM17,000 dirampas untuk siasatan lanjut.

Mohamad Pajeri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here