Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Jaminan selesai isu tanah dengan segera
Published on: Sunday, May 26, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

Jaminan selesai isu tanah dengan segera
NABAWAN: Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu tanah di setiap daerah dengan segera dengan kerjasama daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

Beliau berkata pemilikan tanah adalah penting bagi rakyat terutamanya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut yang akan mewarisi tanah tersebut daripada nenek moyang mereka, sambil menambah ia tidak seharusnya dipohon atau dimiliki oleh orang luar dengan kepentingan sendiri.

 “Hak tanah rakyat di Pensiangan yang telah diambil dan dipohon oleh orang luar sejak pentadbiran kerajaan sebelum ini harus dilihat dan Kerajaan Negeri kini serta Jabatan itu harus menyelesaikan isu ini supaya ia dapat dikembalikan kepada orang itu,” katanya.

Beliau berkata selain isu tanah adat, mereka juga akan membincangkan dan menyelesaikan isu tanah komunal pada masa hadapan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata demikian semasa ditemui sempena dengan Sambutan Kaamatan peringkat Daerah Nabawan yang diadakan di dewan masyarakat daerah, di sini, Sabtu.

Anthony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Utama Kaamatan Negeri berkata, ketua daerah, ketua kampung dan Majlis Jawatankuasa Pengurusan Masyarakat Kampung (MPKK) dilantik oleh kerajaan juga diingatkan untuk tidak bersubahat dengan pendatang tanpa izin (PTI) berkaitan isu kad pengenalan.

 “Kami tidak akan teragak-agak untuk memecat sesiapa yang didapati bersekongkol dengan pendatang tanpa izin kerana ia salah dan merosakkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan dokumen pengenalan dan hanya  mereka di peringkat Persekutuan boleh berbuat demikian sambil menambah Kerajaan Negeri tidak pernah berurusan dengan projek seperti itu dan ia hanyalah cara pembangkang membingungkan rakyat dan membuat mereka hilang kepercayaan dalam pentadbiran.

Selaras dengan tema Kaamatan, beliau mengesa semua masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut untuk mengukuhkan hubungan, mengamalkan rasa saling menghormati antara kaum dan agama walaupun menentang ideologi dan kepercayaan agama.

Beliau turut mengingatkan semua pemimpin untuk tidak terlibat dalam politik yang membawa kekacauan dan ke arah kepentingan diri sendiri.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Fredian Gan En Siong, dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Martin Tommy, antara lain.

Kira-kira 2,000 orang hadir ke sambutan yang menampilkan persembahan tarian kebudayaan, Sugandoi, tiket bertuah, dan Unduk Ngadau antara lain.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here