HEADLINES :





Mayat dalam longkang: Polis tahan 4 remaja
Published on: Wednesday, June 12, 2019

TAWAU: Polis menahan empat remaja lelaki petang tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di dalam longkang berhampiran sebuah kedai di Jalan Bantu, Fajar di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata tiga lelaki berusia 16 hingga 17 tahun yang juga Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warga Filipina itu, ditahan antara pukul 1.45 petang hingga 4.40 petang tadi di tiga lokasi berbeza iaitu Jalan Dunlop, Taman Semarah Megah serta kawasan Sabindo.

“Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, kerana menuduh mereka sebagai pencuri dan peragut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Susulan penahanan itu, Peter berkata pihaknya telah menyelesaikan kes tersebut. Dalam pada itu, Peter berkata mangsa berusia 49 tahun yang juga seorang peniaga warung makan, ditemui mati oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis pada pukul 5 petang, Isnin lepas.

“Pemeriksaan awal polis menemui suspek dengan dua kesan tikaman di bahagian tengkuk kiri serta dada kanan.

“Polis juga menemukan satu pemutar skru serta sebilah pisau pemotong sayur berukuran lapan inci, disyaki digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya lagi dan mayat mangsa telah dicam isterinya berusia 39 tahun.

Hasil keterangan awal isteri mangsa, Peter berkata mangsa keluar rumah pada 12.45 pagi menaiki kereta Proton selepas menutup warung makan pada malam 9 Jun, dengan alasan mahu berjalan-jalan.

“Mangsa yang tidak memiliki telefon bimbit itu, tidak pulang ke rumah sehinggalah mayatnya ditemui semalam,” katanya. – Bernama 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular