Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Dua suspek tetak warga Pakistan ditahan
Published on: Saturday, June 15, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

Dua suspek tetak warga Pakistan ditahan
Tuaran: Dua suspek terlibat kes samun dan menetak seorang pembantu peniaga warga Pakistan di salah sebuah kedai runcit di Pekan Tuaran, 8 Jun lalu, ditahan polis keesokkan harinya di rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata dalam kenyataannya pada Jumaat, kedua-dua suspek lelaki berusia 19 tahun dan 26 tahun merupakan warga tempatan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan kedua-dua suspek disahkan positif dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah Tugas Ketua Polis Balai Tamparuli, di sini.

Dalam majlis berkenaan, bekas Ketua Polis Tamparuli, Sarjan Mejar (SM) Haji Jemrin Majid bersara wajib selepas 40 tahun berkhidmat dan digantikan Pemangku Ketua Polis Balai Tamparuli, Sarjan Jaafar Yassee untuk sementara waktu.

Mohd Hamizi mengulas lanjut, pihak polis masih berusaha mendapatkan telefon bimbit mangsa manakala senjata pisau pemotong daging yang digunakan suspek untuk menetak mangsa dirampas.

“Selain itu melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, pihak polis juga turut merampas dua topi keledar, kenderaan motosikal Modenas Kriss 110cc, pakaian, selipar dan kasut milik suspek untuk perbandingan”.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun serta mendatangkan kecederaan,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here