Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


‘Kemahiran, pengalaman luas bekas anggota polis boleh dimanfaat bantu Sabah’
Published on: Sunday, June 16, 2019
By: Jo Ann Mool
Text Size:

‘Kemahiran, pengalaman luas bekas anggota polis boleh dimanfaat bantu Sabah’
KOTA KINABALU: Kemahiran dan pengalaman luas bekas polis boleh dimanfaatkan untuk membantu kerajaan membangunkan negeri dan menjayakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, kecemerlangan sesebuah persatuan bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak, khususnya mereka yang dalam persatuan itu sendiri.

“Saya optimis, dengan kemahiran dan pengalaman anda, ia boleh digunakan untuk membantu kerajaan membangunkan negeri dan menjayakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan,” katanya dalam merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sabah 2019/2020 di sebuah hotel di sini, Sabtu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict.

Shafie juga menggesa lebih ramai pesara polis di negeri ini menyertai persatuan itu.

“Menerusi persatuan ini, kita dapat bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain, sambil mengukuhkan semangat setiakawan dan persaudaraan antara ahli-ahli, sekali gus merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat persatuan,” katanya.

Kerajaan Negeri sentiasa menghargai segala jasa, pengorbanan, semangat dan komitmen tinggi dicurahkan bekas anggota polis dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara dan negeri ini, kata beliau.

Shafia berkata kerajaan Sabah percaya bekas anggota polis khususnya di negeri ini akan terus membulatkan tekad, komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan demi pembangunan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Shafie berharap PBPM mampu mencetuskan kesedaran dan penglibatan bekas polis untuk terus mengamalkan semangat berpersatuan bagi menjayakan pelbagai agenda demi kesejahteraan bekas polis secara keseluruhan.

Beliau turut menasihati pengerusi dan jawatankuasa tertinggi negeri bagi membantu ahli-ahli mereka termasuk keluarga dan balu bekas polis serta anak-anak yatim.

Kerajaan negeri akan memberikan bantuan kepada persatuan tersebut setiap kali diperlukan, katanya.

Ditubuhkan sejak 1972, PBM Sabah ketika ini mempunyai 5,000 ahli dengan 14 cawangan berdaftar dan lima cawangan protem.

Turut hadir adalah Presiden PBPM Hussin Awang Ngah dan pengerusi PBPM Sabah Awang Kassim Awang Gemok, yang juga Naib Presiden PBPM.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here