Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Jabatan Air S’kan potong lapan sambungan air haram
Published on: Monday, June 17, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Jabatan Air S’kan potong lapan sambungan air haram
SANDAKAN: Jabatan Air Sandakan di sini telah di sini telah memotong lapan sambungan air haram di dua lokasi sekitar daerah ini. 

Juruteranya, Ishar Hamka Ismail berkata Jabatan Air bersama-sama dengan Salcon Enggineering telah menjalankan pemeriksaan pada 13 Jun dan 14 Jun berikutan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kecurian air.

Pada 13 Jun, Jabatan itu pergi ke kawasan berhampiran Industri Majulah, Batu Sapi dan menemui empat sambungan haram yang menghubungkan terus ke paip utama MSCL 200mm Jabatan.

Sementara itu, pada 14 Jun, Jabatan itu pergi ke kawasan Jalan Batu Sapi dan juga menemui empat sambungan air haram yang menghubungkan terus ke paip utama.

Sambungan yang menggunakan paip poli dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyalurkan air kepada penduduk yang tinggal di kawasan setinggan.

Semua lapan sambungan air haram telah dipotong oleh Jabatan dan Salcon Enggineering dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 3.15 petang. Jabatan ini turut merampas beberapa peralatan seperti paip poli, antara lain yang digunakan untuk sambungan haram.

Jabatan Air Sandakan menggesa semua pengguna mematuhi peraturan di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 atau akan menghadapi tindakan tegas di bawah Seksyen 49 (b) yang membawa denda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara.

Orang awam juga digesa memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kecurian air atau kebocoran air ke hotline Jabatan Air Sandakan di 1 300 8888 55.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here