Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Azmin sudah  beri keterangan  kepada polis
Published on: Wednesday, June 19, 2019
Text Size:

Azmin sudah  beri keterangan  kepada polis
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada polis Isnin lepas berkaitan video seks yang dikaitkan dengannya.

Peguam Mohamed Azmin, N Surendran berkata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan mereka.

“Pejabat menteri itu dihubungi polis pada Ahad, 16 Jun, untuk merakam keterangannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

“Terdapat petunjuk jelas mengenai wujudnya cubaan terancang dan sistematik untuk mencemarkan nama baik dan menjatuhkan menteri itu dengan serangan tuduhan palsu dan berniat jahat.

“Para pelakunya juga mempunyai akses kepada data peribadi anggota parti yang dibocorkan, satu kaedah canggih dan mempunyai agenda politik yang jelas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Surendran berkata pihaknya yakin polis akan dapat menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap para pelakunya mengikut lunas undang-undang.

Sementara itu di PETALING JAYA, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengulangi pendirian parti dalam menyerahkan siasatan berkaitan kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri, kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai kes itu dan terpulang kepada kebijaksanaan PDRM dalam menyelesaikannya. – Bernama

“Perkara ini telah saya umum, iaitu serah kepada PDRM. Saya tidak mahu buat apa-apa telahan, tapi yang sahnya kita akan dengar daripada PDRM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di Dewan Sivik, Petaling Jaya malam Isnin lepas.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan berita media Australia Isnin yang mengatakan tiada sebarang pengubahan digital mahupun manipulasi foto dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Laporan itu turut menyebut pakar luar negara yang menganalisa video terbabit tidak dapat mengesahkan sama ada individu dalam video tersebut ialah menteri berkenaan.

Ditanya mengenai keutuhan parti berhubung insiden ini kerana terdapat dakwaan wujudnya perpecahan dalam parti, Anwar menegaskan bahawa parti itu masih kukuh.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here