Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Polis tangkap dua ahli geng pecah rumah, buru tiga lagi
Published on: Wednesday, June 19, 2019
By: Del Roester Rudim
Text Size:

Polis tangkap dua ahli geng  pecah rumah, buru tiga lagi
KOTA KINABALU: Polis menangkap dua ahli ‘Geng James’ yang didakwa terbabit dalam kes pecah rumah bersenjata di Jalan Sembulan, di sini, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji berkata dua suspek berumur 41 dan 48 tahun itu ditangkap di Plaza 2 Luyang pada pukul 7.30 malam Sabtu lepas berdasarkan risikan mereka.

Geng tersebut yang terdiri daripada lima lelaki yang mempunyai rekod kesalahan dadah dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah di sekitar bandaraya.

“Semasa kejadian pecah rumah itu, salah seorang suspek mengugut pembantu rumah warga asing dengan mengacukan sebilah pisau dan bertanya mengenai barang kemas yang disimpan oleh pemilik rumah.

“Beberapa barang kemas dicuri termasuk satu cincin emas dan kalung, beg berjenama, tunai RM18,000 dan barang kemas lain dengan anggaran jumlah kerugian RM83,000,” katanya semasa sidang media pada Selasa.

Dengan penangkapan mereka, polis juga merampas benda-benda yang digunakan dalam rompakan mereka termasuk sebuah kereta Proton Saga, telefon bimbit dan topeng.

“Bagaimanapun polis masih memburu tiga lagi ahli geng berumur antara 31 dan 51 tahun termasuk dalang mereka yang dikenal pasti sebagai James,” kata Habibi.

Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat dan mengenali tiga suspek itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan mereka.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here