Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Hantar pelan perniagaan kepada Kementerian: Tangau
Published on: Wednesday, June 19, 2019
Text Size:

Hantar pelan perniagaan  kepada Kementerian: Tangau
KOTA KINABALU:  Usahawan di Negeri ini digesa untuk menghantar pelan perniagaan bertulis kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian supaya kerajaan dapat membantu perusahaan mereka.

Kerajaan akan membantu dalam bentuk teknikal dan pihak kewangan akan menghubungkan mereka dengan agensi seperti SME Corp dan Teraju, dan sebagainya, menurut Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata ianya penting bagi usahawan untuk mempunyai pelan perniagaan bertulis mengenai bagaimana mereka meningkatkan perniagaan mereka.

“Mereka tidak boleh menjalakan perniagaan tanpa sebarang pelan meningkatkan produk mereka,” katanya semasa sidang media yang diadakan di Wisma Kewangan di Sembulan, di sini, Selasa.

Beliau menyatakan kerajaan akan membantu namun usahawan perlu mempunyai kemampuan untuk mengakses semua bantuan kerajaan yang ada di peringkat Negeri dan Persekutuan.

“Peranan kami adalah untuk membantu dan itulah sebabnya mengapa mereka perlu melakukan pelan perniagaan bertulis, namun semuanya terpulang kepada mereka, kami tidak boleh memaksa mereka untuk melakukannya, mereka perlu membuat pelan perniagaan bertulis dan kami akan menilainya dan melihat bagaimana kami boleh membantu mereka,” katanya.

Katanya beliau memohon untuk pelan perniagaan bertulis untuk usahawan Sabah yang mengambil bahagian dalam Expo di Jakarta tahun lepas, bagaimanapun tiada yang tampil.

“Kali ini, saya memberikan peluang kepada usahawan yang akan mengambil bahagian dalam tiga ekspo di Brunei, China dan Kuching, dua minggu untuk menyerahkan rancangan perniagaan bertulis mereka selepas ekspo masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Tangau mengumumkan penyertaan 44 usahawan Sabah dalam tiga Expo, iaitu Ekspo Makanan Antarabangsa Weihai di Wilayah Shandong China (20 Jun hingga 24 Jun), 23rd Consumer Fair International Convention Centre Barakas di Brunei (26 Jun hingga 30 Jun) dan SME and Timber Expo 2019 Borneo Convention Centre di Kuching, Sarawak (27 Jun hingga 30 Jun).

Beliau berkata ciri-ciri pemilihan usahawan Sabah untuk mengambil bahagian dalam ekspo di peringkat antarabangsa dan kebangsaan adalah bahawa produk mereka mesti diperakui, mesti mempunyai jenama dan mempunyai potensi untuk diperluaskan ke pasaran antarabangsa, antara lain.

Beliau berkata matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan tempatan selain memasarkan produk tempatan diperingkat antarabangsa dan kebangsaan.

“Kami berharap ia akan memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya, selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai 100 usahawan berjaya setahun.

“Kejayaan mereka adalah penting bagi kerajaan, Kerajaan Negeri dan paling penting bagi semua orang, kami berharap bahawa dengan kejayaan mereka,mereka mampu membuka peluang pekerjaan dan juga memacu jumlah eksport daripada Sabah,” katanya.

Beliau berkata Negeri perlu meningkatkan jumlah perniagaan terutamanya kontena, sambil menambah pada masa ini kontena yang keluar daripada Sabah hanya 3000,000 setahun.

“Kita perlu meningkatkannya sehingga 500,000 kontena setahun, jika kita tidak boleh berbuat demikian, Sabah tidak akan berjaya menarik pengendali perkapalan utama untuk didaftarkan di Pelabuhan Sepanggar.

“Sekiranya mereka tidak mendaftar di sini, kapal-kapal yang membawa produk dari Sabah perlu melalui Pelabuhan Klang.

“Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kos yang tinggi dalam menjalankan perniagaan di Sabah, selagi kita tidak mempunyai kapal yang boleh membawa produk secara langsung dari Sabah ke pasaran, kos pengangkutan akan tinggi.

“Oleh itu, kita perlu menjadikan Pelabuhan Sepanggar menjadi pusat pemindahan yang berjaya dan usaha kami untuk menarik pengendali perkapalan utama sangat penting,” katanya. - Sherell Jeffrey dan Umairah Ahmad





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here