Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


K’jaan Negeri tidak bergantung dana K’jaan Persekutuan: Jaujan
Published on: Wednesday, June 19, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

K’jaan Negeri tidak bergantung  dana K’jaan Persekutuan: Jaujan
SANDAKAN: Kerajaan Negeri tidak akan bergantung sepenuhnya kepada dana dan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata kerajaan negeri akan terus bekerja untuk meningkatkan sumber kewangan negeri dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membolehkan pelan pembangunan dilaksanakan.

Menurutnya, Sabah yang mempunyai pemimpin berkebolehan juga dipercayai dapat melaksanakan pembangunan kerana sumber semula jadinya yang kaya meningkatkan pembangunan.

“Kita tidak boleh bergantung kepada sumber Kerajaan Persekutuan kerana Sabah bukan satu-satunya negeri yang perlu, oleh itu Kerajaan Negeri tidak akan bergantung semata-mata dengan dana atau peruntukan daripada kerajaan walaupun ia merupakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian dalam Negeri dan Perumahan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan, di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan, pada Selasa. Turut hadir ialah Menteri Kesihatand an Kesejahteraan Rakyat, Datuk Franki Poon Ming Fung, Pembantu Menteri Kerajaan Dalam Negeri dan Perumahan, Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Ariffin Asgali dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong dan Adun Elopura, Calvin Chong.

Sementera itu, Jaujan berkata sumber pelbagai etnik di negeri ini antara sumber pendapatan melalui sektor pelancongan.

Ianya jelas, walaupun Sabah kaya dengan pelbagai sumber asli, namun kepelbagaian kaum dan keunikan budaya membolehkan Sabah menjana pendapatan melalui sektor pelancongan.

Seterusnya, Jaujan juga menasihati semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mentadbir daerah masing-masing dengan lebih berkesan bagi memastikan masyarkat menikmati ekonomi yang selesa dan berfungsi dengan baik, dengan aspek keselamatan yang lebih selamat.

Pada masa yang sama, PBT perlu memastikan pasar awam di setiap daerah di negeri ini berada dalam keadaan baik, bersih dan dapat memberi keselesaan kepada peniaga selain selesa untuk dikunjungi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here