Projek premis burung walit tingkat ekonomi B40: Junz
Published on: Thursday, June 20, 2019
KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong (gambar) berkata kementeriannya akan melaksanakan Projek Premis Burung Walit Sentuhan Rakyat sebagai usaha penjana ekonomi untuk jangka masa panjang.
Katanya, projek ini akan memberi pulangan berterusan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan mudah melalui penternakan burung walit.
ADVERTISEMENT
Tambahnya, tahun ini seramai 150 orang disasarkan untuk memiliki rumah burung walit dalam projek itu yang bakal dilaksanakan di negeri.
Junz berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) akan memantau premis burung walit yang dibina sehingga burung bersarang.
“Lagipun, burung walit boleh diintegrasi dengan tanaman kekal seperti getah dan tanaman buah-buahan,” katanya.
Pemohon bagi projek premis burung walit itu perlu terdiri dari warganegara berasal dari Sabah dan berumur 18 tahun ke atas serta dalam golongan B40.
ADVERTISEMENT
Syarat lain ialah pemohon mesti mempunyai tanah bergeran atau pun tanah hak adat bumiputera (NCR) dan permohonan tanah (LA) yang diberikan surat pengesahan hakmilik oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).
Di samping itu tapak yang dicadang mesti mempunyai kemudahan jalan raya, letrik dan air yang mana hendaklah disediakan oleh pemohon.
ADVERTISEMENT
Menurut beliau lagi, kawasan itu perlu termasuk dalam zon padat populasi burung walit untuk menentukan kejayaan projek.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Maklumat lanjut, hubungi Unit Walit dan Aneka Ternakan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.