Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Pakai baju etnik ke pejabat buka peluang ekonomi
Published on: Sunday, June 23, 2019
Text Size:

Pakai baju etnik ke pejabat  buka peluang ekonomi
KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri untuk membenarkan memakai baju etnik ke pejabat akan menawarkan lebih banyak peluang ekonomi kepada pembuat kostum tempatan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata langkah itu juga akan membuat kursus menghasilkan kostum tradisional yang ditawarkan oleh kementeriannya.

“Dasar baru oleh Kerajaan Negeri bukan sahaja akan mengukuhkan usaha mempromosikan warisan budaya kita, tetapi ia juga akan merangsang usaha bagi usahawan untuk mereka bentuk dan membuat pakaian dengan motif etnik tempatan yang boleh dipakai untuk pejabat atau acara rasmi,” katanya selepas sesi bergambar dengan kakitangan kementeriannya, di sini, Khamis lepas.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan bahawa penjawat awam di Sabah dibenarkan untuk memakai pakaian tradsional etnik mereka setiap Khamis ke pejabat.

Bagaimanapun, Ewon berkata bukan semua pakaian tradisional sesuai dipakai ke pejabat.

“Oleh itu, kita mengesa pereka tempatan untuk menghasilkan pakaian tradisional yang sesuai dipakai ke pejabat atau acara rasmi.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata beliau juga menggunakan peruntukan khasnya untuk menyediakan baju korporat dengan motif etnik Sabah untuk ketua adat dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasannya.

“Pada awal tahun ini, saya telah menyediakan dana untuk membekalkan baju korporat ini supaya ia boleh dipakai semasa bertugas atau acara rasmi.

“Reka bentuk itu dibuat oleh pereka tempatan di Kadamaian dan inisiatif saya untuk meningkatkan status warisan budaya kita,” katanya.

Beliau juga menggalakkan sektor swasta, terutamanya yang berkaitan dengan industri pelancongan dan hotel untuk menerima pakai dasar tersebut.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rasinin Koutis dan Setiausaha Tetap Kementerian, Dumi Pangiran Masdal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here