Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sindiket mungkin terlibat: Peter
Published on: Tuesday, June 25, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

Sindiket mungkin terlibat: Peter
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Infrastruktur tidak menolak kemungkinan penglibatan sindiket dalam perbuatan laku musnah yang berleluasa ke atas peralatan Jabatan Air, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Peter Anthony, berkata perkara itu serius kerana ia bukan hanya memberi kesan kepada rakyat tetapi juga reputasi Jabatan.

“Kami meneliti perkara ini secara serius,” katanya selepas memeriksa sebuah rumah pam air di Taman Putera Jaya, Telipok, dekat sini, Isnin.

“Ini berlaku disebabkan laku musnah dan kami mengambil maklum bahawa terdapat tiga kes baru-baru ini – di Karambunai, Taman Flamingo dan Taman Putera Jaya.

“Ia seolah-olah adanya sindiket untuk mensabotaj peralatan Jabatan Air dan kami telah buat laporan polis mengenai perkara ini.”

Beliau juga menggesa penduduk yang tinggal berhampiran mana-mana kemudahan Jabatan agar memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka melihat sebarang aktiviti mencurigakan.

“Kementerian juga akan meminta bantuan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk menangani isu ini.

“Beberapa pam air dan kabel telah diganggu dan dicuri ... ini menyebabkan masalah besar bagi semua orang.

“Dan peralatan yang dicuri ini mungkin dijual sebagai alat ganti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Jabatan Air agar meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kemudahannya.

Pemeriksaan itu dibuat berikutan aduan gangguan air yang menjejaskan hampir 8,000 penduduk selama kira-kira seminggu.

Penduduk juga mendakwa talian bantuan Jabatan itu tidak cekap dalam menangani masalah mereka.

Peter berkata beliau akan menyiasat perkara itu dan “tindakan akan diambil terhadap pegawai-pegawai yang tidak melakukan kerja mereka, jika ada.”

“Jabatan harus memastikan talian telefon itu berfungsi 24 jam.. tetapi pengguna-pengguna juga boleh mengemukakan masalah mereka kepada wakil rakyat masing-masing.”

Beliau juga mendedahkan bahawa Jabatan itu sedang dalam proses melakukan penambahbaikan dan penstrukturan semula.

“Semua peralatan dari sumber luar sebelum ini telah diambil alih oleh Jabatan Air.

“Dan kami juga memperbaiki sistem semasa,” katanya.

Peter juga telah mengarahkan Jabatan itu agar membina penyimpanan air di kawasan kediaman untuk digunakan semasa berlaku kecemasan.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua yang juga Adun Inanam dan Pengarah Jabatan Air, Sabah Amarjit Singh.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here