TKM sambut baik garis panduan hukuman jenayah hidupan liar
Published on: Tuesday, June 25, 2019
KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew menyambut baik usaha badan kehakiman Sabah dalam mewujudkan satu garis panduan untuk menjatuhkan hukuman bagi jenayah hidupan liar – yang pertama seumpamanya di Malaysia – di Sabah.
“Saya gembira badan kehakiman sekali pun mengiktiraf kepentingan pemuliharaan hidupan liar dan menyokong usaha dalam melindungi hidupan liar kita,” katanya.
ADVERTISEMENT
Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengulas garis panduan hukuman baharu yang dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, di Kudat pada Sabtu lepas.
Garis panduan itu menandakan perkembangan penting dalam usaha Sabah untuk menangani masalah jenayah hidupan liar yang semakin besar di Sabah.
Dengan pelaksanaan garis panduan itu, mahkamah-mahkamah di Sabah akan mempunyai satu panduan untuk menangani jenayah hidupan liar secara adil dan konsisten.
Perdagangan hidupan liar haram berleluasa di Sabah khususnya disebabkan keuntungan yang diperolehi daripada perdagangan ini adalah tinggi. Pemburu haram dan pedagang hidupan liar haram boleh mendapat keuntungan lumayan daripada jualan hidupan liar berharga termasuk penyu dan tenggiling. Bagaimanapun, walaupun perbuatan-perbuatan ini adalah jenayah yang diiktiraf oleh undang-undang, hukuman yang diterima tidak mencerminkan betapa seriusnya jenayah itu.
ADVERTISEMENT
Pada waktu ini, pesalah yang disabit menerima hukuman ringan yang tidak setimpal dengan keuntungan yang mereka boleh dapat. Impak perbuatan mereka – yang mungkin akan mengakibatkan kehilangan populasi hidupan liar secara keseluruhan – juga tidak diberikan pertimbangan secukupnya apabila menjatuhkan hukuman.
Melihatkan keperluan untuk jenayah hidupan liar dikendalikan dengan penting sekali, Mahkamah Alam Sekitar – satu mahkamah yang mengkhusus dalam kes berkaitan alam sekitar – dilancarkan pada 2015 di bawah bimbangan bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, yang ketika itu merupakan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
ADVERTISEMENT
Untuk mengukuhkan dan menambah baik Mahkamah Alam Sekitar, badan kehakiman membincangkan keperluan untuk garis panduan hukuman, bermula dengan satu Garis Panduan Hukuman untuk Jenayah Hidupan Liar. Bengkel pertamanya untuk mewujudkan garis-garis panduan itu dipengerusikan oleh Malanjum pada 2017.
Selepas itu, seorang pakar jenayah hijau daripada WWF-UK dihubungkan kepada badan kehakiman oleh WWF-Malaysia bagi membantu dan memberi nasihat mengenai garis panduan itu. Oleh sebab Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 (WCE 1997) adalah satu-satunya undang-undang yang mempunyai bidang kuasa atas pengurusan hidupan liar di Sabah, ia menjadi satu-satunya rujukan yang digunakan untuk garis panduan terhadap jenayah hidupan liar.
Melalui beberapa bengkel dan mesyuarat yang dijalankan sepanjang dua tahun lepas antara badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Persatuan Undang-undang Sabah, selain sokongan oleh WWF-Malaysia, garis panduan itu kini sedia.
“Budi bicara hakim dan pegawai kehakiman tidak dikekang oleh garis panduan itu dalam apa cara sekali pun apabila menjatuhkan hukuman tetapi sebarang tindakan menyimpang daripadanya mesti berdasarkan sebab-sebab munasabah.
Garis panduan mengambil kira tahap kebersalahan, tahap bahaya yang disebabkan oleh tertuduh, dan sememangnya faktor-faktor memudaratkan dan mengurangkan yang disampaikan oleh pendakwaan dan tertuduh/pembelaan,” kata Wong.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
WWF-Malaysia juga memuji badan kehakiman Sabah atas usahanya dalam mencipta garis panduan itu untuk menangani jenayah alam sekitar dan hidupan liar, mengatakan bahawa dengan garis panduan itu, WWF-Malaysia berharap jenayah terhadap hidupan liar akan diambil serius oleh mereka yang berniat melakukan jenayah itu dan mereka digalakkan untuk mengingati serta mematuhi undang-undang. – Larry Ralon