Pelajar Kristian digalak ambil mata pelajaran Pengetahuan Bible
Published on: Wednesday, July 10, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:
SANDAKAN: Upko kini berusaha untuk memastikan Pengetahuan Bible (BK) diajar di sekolah, khususnya bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia.
Ia merupakan kesinambungan usaha Upko dan cabaran diwarisi daripada Presiden Kehormat, Tan Sri Bernard Dompok, yang bertujuan untuk memasukkan BK sebagai mata pelajaran elektif dalam SPM, kata ahli Majlis Tertinggi parti dan Pengerusi Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin.
ADVERTISEMENT
Pada mulanya, kami dapati bahawa ramai pelajar Kristian tidak berminat mengambil mata pelajaran Pengetahuan Bible untuk SPM, katanya.
Bagaimanapun kami mendapati bahawa lebih banyak pelajar Kristian telah mengambil peperiksaan Pengetahuan Bible sejak kami telah melancarkan pelbagai kempen kesedaran pada 2011. Sebagai tambahan, saya dimaklumkan bahawa terdapat ribuan pelajar Kristian di seluruh Malaysia yang kan menduduki peperiksaan Pengetahuan Bible tahun ini, kata Peter.
“Kami sangat berterima kasih dengan sokongan daripada Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, terutamanya mengenai sumbangan 300 set buku teks kepada pelajar Kristian yang mengambil mata pelajaran Pengetahuan Bible,” Kata Peter.
Menurut Peter, terdahulu awal tahun ini mereka telah mengedarkan buku teks tersebut kepada SM St Mary, SMK Konven St. Cecilia, SM Sung Siew, SM Tiong Hua, dan SM St Michael di Sandakan. Ia melalui usaha kolektif Majlis Agama, Kerohanian dan Keharmonian Bangsa Upko yang diketuai oleh Sualim Gopog bahawa kita dapat memesan dan mengedarkan buku teks kepada lebih daripada 1,500 pelajar Kristian di Sabah kerana mereka tidak dijual di sini.
ADVERTISEMENT
Peter menggalakan pelajar Kristian untuk mengambil peperiksaan Pengetahuan Bible dalam SPM dengan persediaan yang baik melalui blajar dalam kumpulan.
Terdapat pelabagai kelebihan yang kita peroleh apabila mempelajari Pengetahuan Alkitab. Kita boleh mempelajari terhadap nilai teras positif, bimbingan untuk kehidupan yang baik, dan prinsip kepimpinan.
ADVERTISEMENT
Peter bercakap demikian kepada media kejayaan menganjurkan Kuiz Pengetahuan Bible SPM Kebangsaan 2019 (BK19) yang menyaksikan rekod 466 pelajar Kristian dan lebih daripada 59 guru dan sukarelawan dari 15 buah sekolah di Sandakan berkumpul di SM St Mary untuk acara itu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
“Kini saya boleh melihat wajah setiap pelajar dan guru berseri-seri bahawa kita telah merekodkan sejarah baharu dengan penyertaan pelajar terbanyak di Malaysia,” katanya.
Mereka mewakili sekolah daripada SM St Mary, SMK Konven St. Cecilia, SM St Michael, SM Sung Siew, SMJK Tiong Hua, SMK Sandakan, SMK Sandakan 2, SMK Muhibbah, SMK Elopura 2, Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam, SMK Beluran, SMK Beluran 2, SMK Pamol, SMK Penangah, SMK Simpangan dan Indah Anglican Church, kata Peter.