Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Tengkorak retak, tulang rusuk patah dan paru-paru berdarah
Published on: Thursday, July 11, 2019
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Tengkorak retak, tulang rusuk  patah dan paru-paru berdarah
KOTA KINABALU: Keputusan bedah siasat ke atas mayat dua pelancong China dan seorang instruktor menyelam rakyat tempatan, yang mungkin dibunuh, secara umumnya menunjukkan mereka meninggal dunia akibat kecedaraan yang konsisten dengan kecederaan akibat letupan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, berkata berdasarkan penemuan doktor dari keputusan yang bedah siasat, yang dikeluarkan pada awal pagi Rabu, terdapat kecederaan ringan pada bahagian luar mayat tetapi kecederaan serius ditemui di dalam.

“Saya diberitahu oleh Ketua Polis Semporna bahawa bedah siasat ke atas tiga mayat itu siap hampir 5 pagi pada 10 Julai (Rabu). Saya tidak berikan butiran terperinci mengenai keputusan itu, sekadar maklumat umum.

“Tiga mayat itu mempunyai kecederaan sama seperti retak pada ketiga-tiga tengkorak selain tulang rusuk patah dan pendarahan pada paru-paru mereka.

“Selain itu, berlaku pendarahan dalaman di bahagian rongga dada dan koyakan pada saluran darah utama (aorta) selain pendafahan di bahagian abdomen,” katanya ketika mengulas keputusan bedah siasat ke atas tiga mayat itu yang dilakukan pada Selasa lepas.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan satu program gotong-royong mega di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kapayan di sini, Rabu.

Lebih 400 pegawai dan anggota polis serta kakitangan dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil bahagian dalam program itu.

Kepada satu soalan, Omar berkata belum ada perkembangan terbaharu berhubung siasatan kes itu yang dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Pada 5 Julai lalu, sekitar jam 2.30 petang dan 3.30 petang, dua pelancong China dan seorang instruktor menyelam maut dipercayai akibat letupan bom ikan di Pulau Kulapuan di perairan Semporna.

Akhbar ini melaporkan pada Ahad bahawa mangsa-mangsa terbabit dikenali sebagai warganegara China Zhao Zheng dan Xu Yingjie, kedua-duanya berumur 26 tahun, serta Abdul Zainal Abdun, seorang pemegang IMM13 berumur 30 tahun.

Turut dilaporkan (oleh media lain) bahawa polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan dalam kes itu dan akan menyiasat semua sudut yang mungkin membawa kepada kematian ketiga-ketiga penyelam itu.

Pada Rabu, akhbar ini melaporkan bahawa polis Sabah sedang menyiasat kes itu berdasarkan bukti nyata di tempat kejadian di perairan Semporna. Bagaimanapun, beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa polis tidak dapat membuat kesimpulan berdasarkan andaian bahawa tiga penyelam itu meninggal dunia disebabkan aktiviti mengebom ikan kerana tiada sesiapa terdengar bunyi letupan di tempat kejadian.

Mengenai program gotong-royong itu, Omar berkata objektif utamanya adalah untuk membersihkan kawasan Polis Kontinjen Sabah, bukan sahaja untuk  kelihatan bersih tetapi menghapuskan pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan denggi.

Beliau berharap program gotong royong itu akan diteruskan dan dilakukan secara kerap.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here