LATEST NEWS :





Tahanan cuba larikan diri dijel 10 bulan
Published on: Thursday, July 11, 2019
By: Jo Ann Mool

KOTA KINABALU: Seorang penganggur warga Filipina dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana cuba melarikan diri daripada tahanan polis.

Jamli Mohammad, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie yang dia melakukan jenayah itu semasa dia digari dari belakang pada pukul 5.08 petang pada 6 Julai di balai polis di sini.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit yang menjalankan pendakwaan, dalam penyampaian fakta kes berkata, sebelum insiden itu, Jamli ditahan semasa Ops Tapis yang dijalankan di kawasan Kg Air, didakwa kerana memiliki dadah dan dibawa ke balai polis.

Semasa polis mengambil kenyataannya, Jamli tiba-tiba berdiri dan cuba melarikan diri sebelum merempuh dua anggota polis.

Bagaimanapun, Jamli ditangkap, kata Suzie.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Jamli merupakan seorang pemegang dokumen IMM13.

Jamli diperintah rujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukumannya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan, yang membawakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki tempatan yang kini menjalani hukuman penjara, dijel 12 bulan kerana melupuskan sebentuk cincin emas curi.

Alester Josh Marail mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 12.30 tengah hari pada 6 September 2018 di sebuah kedai di pekan Donggongon di Penampang.

Mahkamah mendengar bahawa cincin itu dilaporkan hilang dari sebuah kawasan perumahan pada 27 Februari 2018.

Alester yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Suzie memberitahu mahkamah bahawa Alester mempunyai tujuh rekod sabitan dan kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan-kesalahan itu.

Mahkamah memerintah supaya Alester menjalani hukuman penjara 12 bulan itu secara berturut-turut dengan hukumannya yang lain.

Alester melakukan kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 atau penjara 12 bulan kerana mengambil dadah.

Jimmy Hon dan Chin Vui Khong, yang mengaku kepada kesalahan itu, didapati positif dadah melalui ujian kencing mereka. Mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular