ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Simulator bunkering LNG pertama di Sabah
Published on: Friday, July 12, 2019
By: Leonard Alaza

KOTA KINABALU: Simulator ‘bunkering’ Gas Asli Cecair (LNG) pertama di dunia bakal dilancarkan di Sabah, satu pelaburan sektor swasta yang dianggap berdaya maju, memandangkan unjuran pasaran bahawa LNG kekal sebagai bahan api yang mendorong perkapalan ke dekad-dekad akan datang.

Bakal dikendalikan oleh perunding maritim dan pembekal perkhidmatan kejuruteraan pelabuhan dari Sabah, Kumpulan Kasi, simulator itu dijangka untuk dikeluarkan secara global pada tahun depan.

Bunkering LNG ialah amalan memberikan bahan api LNG kepada sebuah kapal untuk kegunaan sendiri. Penggunaan LNG sebagai bahan api banyak membantu mengurangkan bahan cemar yang dihasilkan oleh kaedah tradisional memberi bahan api kepada kapal termasuk minyak bahan api berat, bahan api diesel marin (MDO) dan minyak gas marin (MGO).

Mengikut laporan, pasaran bunkering LNG mempunyai masa depan cerah menjelang 2023 kerana faktor-faktor utama yang memacu pertumbuhannya adalah peningkatan dalam permintaan LNG untuk mengurangkan jejak karbon dalam industri perkapalan yang perlu mematuhi dasar pengeluaran antarabangsa yang ketat, antara lainnya.

Asia Pasifik dilaporkan sebagai satu pasaran bunkering LNG yang pesat membangun kerana kebimbangan alam sekitar dan kewajipan untuk mematuhi dasar pengeluaran IMO telah memberikan negara-negara Asia sebab untuk membangunkan infrastruktur bunkering di rantau ini.

Mengendalikan simulator bunkering LNG itu akan meningkatkan lagi reputasi syarikat tempatan berusia 40 tahun itu yang sudah menjadi pemilik fasiliti simulasi pengendalian kapal dan bot penunda paling canggih di rantau ini.

“Pemaju (simulator) ini akan terbang ke Sabah dan kami akan melakukan pelepasan global simulator bunkering LNG itu di sini, di Kota Kinabalu, kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Kasi, Benjamin Nair apabila menyampaikan kertasnya bertajuk ‘Experiences in Developing a Technology-Based Company in Sabah’ pada Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Sabah ke-7, Rabu lepas.

Nair berkata menyediakan simulator itu di negeri ini adalah selaras dengan hala tuju Kumpulan Kasi yang sentiasa menerokai sempadan teknologi untuk membantu perniagaan-perniagaan, termasuk dalam industri minyak dan gas, mendapatkan yang terbaik dalam projek-projek mereka dari segi kecekapan, rekan bentuk dan penjimatan kos, antara lainnya.

Beliau berkata syarikat itu sendiri sudah banyak berkembang dalam penggunaan teknologi-teknologi yang boleh didapati dalam setiap era untuk kekal sebagai pemimpin industri.

“Dalam perniagaan kami, kami tidak boleh berdiam diri atau berpuas hati dengan pencapaian kami. Kami perlu terus maju tidak kira betapa sukar. Kami mahu sentiasa mengikut gelombang seterusnya kerana teknologi sentiasa berubah,” katanya.

Kumpulan Kasi bermula sebagai sebuah syarikat milikan tunggal pada 1979 tetapi 22 tahun kemudian pada 2001 ia menceburi simulasi pengendalian kapal.

Daripada apa yang berada di atas meja, syarikat itu memulakan simulator jambatan pertamanya, yang merupakan satu keajaiban teknologi pada ketika itu dalam kalangan kebanyakan pemain dalam industri perkapalan.

“Mempunyai simulator jambatan bermakna kami boleh memancarkan imej di atas skrin. Pada ketika itu, apabila semua orang melihatnya, mereka akan kata “wow”,” kata Nair.

Pada 2009, syarikat itu mendapat simulator pengendalian kapal penuh selepas melakukan penyelidikan pasaran yang meluas di negara-negara seperti Denmark, Rusia dan Sweden.

“Pada 2009, ia adalah sesuatu yang revolusioner. Orang tidak percaya kami mempunyai fasiliti ini di KK. Mereka kata “Di K? Tiada siapa datang ke KK,” katanya.

“Orang sebenarnya suka datang ke KK untuk melakukan simulasi (latihan) kerana mereka juga lihat bandaraya kita sebagai tempat untuk bersantai,” katanya.

Syarikat itu terus melabur ke atas teknologi dengan mendapatkan simulator kapal tunda, yang juga paling maju di rantau ini, dan sistem jambatan bersepadu. Pada ketika ini, ia sudah mengintai untuk menggunakan realiti luasan untuk simulator pengemudian kapal.

Nair berkata sistem keseluruhan syarikat itu – semua antara muka mekatronik, penggambaran, grafik 3D antara lain – dibina di Sabah oleh kakitangan tempatan.

“Ini yang membuatkan kita berbeza daripada yang lain. Kita melakukan segalanya di sini secara 

Perintis simulator bunkering LNG pertama di dunia itu bercakap mengenai keupayaan syarikat Sabah dan reputasi membanggakan yang telah dibina dan diuji selama bertahun-tahun. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular