ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Kerajaan tidak benarkan cara meragukan dapat dokumen pengenalan: Azis
Published on: Friday, July 12, 2019
By: Sherell Jeffrey

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan tidak akan membenarkan cara meragukan untuk mendapat dokumen pengenalan.

Beliau memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan dan telah diambil untuk menangkap dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab dalam aktiviti penipuan tersebut.

Beliau memberikan jaminan itu selepas beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa resit permohonan MyKad daripada pemohon yang berbeza tetapi mempunyai nombor MyKad yang sama dicetak di atasnya.

Gambar yang mula tersebar di media sosial pada Rabu, menggesa rakyat Sabah agar sedar. Ia juga mempersoalkan sama ada cetakan pada resit itu adalah satu kesilapan atau dilakukan dengan sengaja sebagai cara memberi dokumen kepada pendatang tanpa izin.

“Saya sudah berulang kali mengatakan bahawa ini adalah kerja mereka yang mengambil kesempatan daripada orang asing untuk mempercayai bahawa mereka boleh mendapatkan dokumen sedemikian sedangkan pada hakikatnya semua itu palsu.

“Lebih menyedihkan apabila orang berpendidikan juga mempercayai berita palsu seperti ini,” katanya, pada Khamis.

Beliau juga berkata Datuk Darell Leiking adalah seorang menteri kabinet dan sebagai menteri beliau (Leiking) boleh meminta maklumat mengenai bilangan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak ia mengambil alih kerajaan.

“Jika angka itu kelihatan mencurigakan, maka beliau berhak mendapatkan penjelasan. Jika ada peningkatan mencurigakan dalam jumlah kelulusan kewarganegaraan di Sabah maka mungkin ada sesuatu yang berlaku tetapi saya dapat memastikan bahawa hingga kini tidak ada dan semua tuduhan itu adalah berita palsu yang tersebar di media sosial, “katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Sabah tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan dokumen pengenalan kepada sesiapa kerana kuasa tersebut adalah eksklusif kepada Kerajaan Persekutuan.

Azis berkata walaupun beliau adalah Timbalan Menteri Persekutuan, beliau juga tidak mempunyai kuasa seperti itu kerana hanya menteri yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Mengenai tindakan yang telah diambil oleh Kementeriannya terhadap mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan palsu di Sabah, beliau menyebut kes di mana polis menahan seorang wanita yang disyaki menyediakan perkhidmatan sedemikian di Kampung Air, tidak lama dahulu.

“Itu satu contoh yang baik mengenai orang yang mengambil kesempatan dan tindakan yang diambil polis untuk menangani isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru rakyat untuk memainkan peranan mereka dalam menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengetahui aktiviti seumpamanya.

“Sila beritahu polis kerana pelaku-pelakunya bergerak di seluruh Sabah untuk mencari mangsa kerana mereka tahu bahawa pendatang tanpa izin terdesak mahu mendapatkan dokumen untuk tinggal di Sabah,” katanya.

Beliau juga mengatakan bahawa sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab itu sanggup mengambil gambar bersama pemimpin dan memberitahu orang lain bahawa mereka mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin tersebut sedangkan itu tidak benar.

“Sebagai pemimpin, kita juga berada dalam dilema. Bagaimana kita boleh menolak jika ada orang mahu bergambar dengan kami. Sesetengah mereka mungkin ikhlas untuk mahu bergambar dengan kami tetapi ada juga yang mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan gambar itu untuk aktiviti mereka yang diragui, “katanya.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular