Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


16 PTI ditahan dalam Op Bersepadu di Kunak
Published on: Monday, July 15, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

16 PTI ditahan dalam Op Bersepadu di Kunak
KUNAK: 16 individu terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dalam satu Operasi Bersepadu yang diadakan di Ladang Jingka Baru, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendant Baharin Md Tahir berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga Filipina. Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kunak sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Baharin berkata, lokasi tumpuan operasi itu dikenalpasti bagi mencegah kemasukan PTI di sini sekaligus membendung jenayah di Kunak. 

Seramai 46 orang diperiksa dalam operasi itu yang dijalankan bersama 30 pegawai dan anggota IPD Kunak dan Jabatan Imigresen Tawau.

“Operasi selama lima jam itu bermula 3 pagi,” katanya di sini pada Ahad.

Sementara itu, dalam satu Operasi Op Sarang di KUNAK, empat lelaki (tiga warga tempatan) berusia antara 20 hingga 50, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah ditahan dalam operasi Op Sarang yang diadakan di Kg Lormalong dan Kg Dasar Baru dekat sini pada Jumaat.

Baharin berkata, dalam operasi itu polis turut menjumpai 5.4 gram dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM810,00 daripada seorang lelaki warga asing yang juga disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sekitar sini.

“Lelaki itu ditahan dirumahnya selepas pemeriksaan polis menemui beberapa dipercayai syabu yang disembunyikan dalam beg silang miliknya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi tersebut bermula 12 pagi dan tamat pada 4 pagi melibatkan sepuluh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kunak.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here