Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


ASF: Pemeriksaan ketat perlu dipertingkat
Published on: Monday, July 15, 2019
Text Size:

ASF: Pemeriksaan ketat perlu dipertingkat
KOTA KINABALU: Pemeriksaan ketat di pintu masuk negara bagi mengesan kemasukan daging dan produk khinzir tetap perlu ditingkatkan walaupun Malaysia setakat ini masih bebas daripada penyakit African Swine Fever (ASF).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata kempen kesedaran mengenai perkara itu perlu terus ditingkatkan bagi memastikan tiada sebarang produk yang dijangkiti virus dibawa memasuki Malaysia.

“Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan Malaysia terus bebas daripada ASF adalah memastikan tiada sebarang pengimportan babi atau produk berasaskan babi dari negara yang dijangkiti ASF,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses pemeriksaan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada Ahad beliau berkata, kempen kesedaran ASF di Sabah diadakan pada 8 Mac 2019 kepada pemegang taruh, penternak dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS).

“Selaras dengan kempen kesedaran ini risalah mengenai bahaya dan cara pencegahan diletakkan di kaunter check-in untuk penumpang yang akan ke negara positif ASF,” tambahnya.

Menurutnya ASF jika tidak dicegah boleh menjejaskan industri penternakan babi negara yang bernilai kira-kira RM3.6 bilion.

ASF adalah penyakit haiwan yang boleh menyebabkan kematian hampir 100 peratus khinzir yang dibela, mahupun yang liar, dan sehingga 4 Julai lepas enam wabak ASF dilaporkan di Asia iaitu China, Mongolia, Laos, Vietnam, Kemboja, dan Korea Utara.

Menurut Sim secara umumnya, penumpang kapal terbang tidak boleh membawa masuk apa-apa produk berasaskan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan namun kerajaan tidak mahu mengambil tindakan punitif kerana Malaysia adalah destinasi pelancongan mesra. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here